Kelate Flag

Friday, November 2, 2012

Kelantan Darul Naim ( katanya miskin)


dinegeri miskin itulah
mempunyai seorang sultan, kesayangan rakyat

dinegeri miskin ituah
seorang PM boleh menghilai tawa menghina KELANTAN

dinegeri miskin itulah
jual beli dihentikan bila azan berkumandang

dinegeri miskin itulah
seebriti wanita popular tanah air bertudung ayu

dinegeri miskin itulah
berebut ibu ayah mendaftar anak di maahad tahfiz sains

di negeri miskin itulah
diperkenalkan sistem gadaian islam ar-rahnu menolak riba

dinegeri miskin itulah
kerja lima hari seminggu diperkuatkuasakan

dinegeri miskin itulah 
hari jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama

dinegeri miskin itulah
cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari

dinegeri miskin itulah
elaun menteri besar dipotong untuk tabung serambi mekah

dinegeri miskin itulah
amalan memberti enderahati kepada pemimpin dihentikan

dinegeri miskin itulah
waktu bekerja di bulan ramadhan dipendekkan

dinegeri miskin itulah
cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami

dinegeri miskin itulah
tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat iburan

dinegeri miskin itulah
peringatan waktu solat disepanjang jalan

dinegeri miskin itulah
papantanda cara menjaga aurat ditayangkan

dinegeri miskin itulah
ramai orang mula mengenal tuhan

dinegeri miskin itulah
lahirnya tokoh - tokoh islam terkenal

dinegeri miskin itulah
aku dilahirkan dan dibesarkan

Syukur padaMU Ya Allah....