Kelate Flag

Thursday, June 27, 2013

Mak Saya Suka Tanam Bunga







Assalamualaikum... 

mak aku, dah memulakan hobi dia balik dah... iaitu tanam bunga.. aduyai... aku lah jadi mangsa yang kene angkat pasu, isi tanah dan macam - macam lagi lah... tapi tak pe.. tu untuk ibu kita jugak,... hehehehe


Tuesday, June 25, 2013

Ringkas




INI AKU...
INSAN BERNAMA
" NIK MOHD FAREEZ BIN MOHD FAUZI"

Saturday, June 22, 2013

Minda Kelas Ketiga

pada malam tadi iaitu.... hari ini pada 19 Jun 2013, hari rabu, aku g lah derak pasar malam.... bukan aku nak cakap pasal kemeriahan pasar malam tu... tapi aku nak cakap tentang mentaliti, idealogi serta pemikiran manusia2 di sekeliling...

bercakap pasal dunia maju, negara membangun, namun pemikiran masih di tahap minda kelas ketiga...  ceritanya macam nih... masa aku dekat pasar malam, aku g agak lewat la jugak, orang dah mulai reda dan tak ramai.. namun apa yang ditinggalkan..? sampah sarap, plastik, kulit buah, lidi makanan dan macam2 lagi lah...... salah ke nak simpan sampah tu dan buang di tempat yang sepatutnya..? memang aku akui, di pasar malam tak banyak disediakan tong sampah.. tetapi tu semua bukan alasan utk kita nak buang sampah sesuka hati... alahai rakyat negaraku....

disini aku selitkan beberapa perkara mengenai MENTALITI KELAS KETIGA..

01. di pasaraya, selepas menggunakan troli untuk memasukkan barang kedalam kereta, kemudia troli tersebut ditinggalkan begitu sahaja di tempat parking dan selalunya menghalang laluan kereta dan parking.

02. parking bertindih. pasti kebanyakkan kita pernah melalui keadaan ini dimana ada kereta yang kereta parking bertindih di belakang kereta anda dan menyebabkan anda tidak boleh keluar.

03. berasak - asak masuk lif tanpa menghiraukan pengguna yang mahu keluar.

04. membuang sampah merata - rata dan membuang sampah dari tingkap kereta.

05. tidak berhenti semasa zebra line. di malaysia keadaan yang unik berlaku dimana pelintas yang menggunakan zebra crossing terpaksa berkompromi dengan pemandu kenderaan demi nyawa mereka.

06. tidak memakai tali pinggang keledar atau hanya memakainya ketika ada roadblok.

07. bekerja hanya semata - mata untuk duit dan bukannya berdasarkan passion, minat serta bakat.

08. dengki dengan kejayaan orang lain, dan kalau boleh dia mahu semua manusia sama tahap dengan dia dan tidak lebih. jika ade orang yang lebih dari dia.. dia akan menjatuhkan insan tersebut.

09. sukakan hiburan semata - mata, tidak suka sesuatu yang bersifat pembelajaran, dan hiburan yang diminati adalah dari jenis hiburan yang berkelas rendah dan picisan yang tidak mampu untuk mencambahkan pemikiran dan minda.

10. terlalu cepat berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri dan tidak mahu untuk memajukan lagi diri

sekian dari aku untuk penulisan kali ini....

p/s : aku ade azam baru,.. aku nak memperjuangkan bahasa melayu...