mengapa ini terjadi, aku sering memerhati, kita kalau hendak memilih barang ke, pakaian ke, mesti nak cari benda yang cantik, yang elok dipandang. tapi sedarkah kita benda yang CANTIK itu sebenar hanya luaran sahaja..???? Tapi isi didalam ntah bagaimana. begitulah lumrah kehidupan, hanya memandang kepada luaran sahaja, tanpa memikir panjang, baik dan buruk sesuatu keadaan barang itu,.
hmmm....
entah la, aku sendiri pun kadang - kadang amat cerewet dalam memilih ni, sebagai contoh, jika aku pergi memilih pakaian, ianya amat memakan masa yang agak lama untuk aku membuat sebarang keputusan, tapi bila aku dah beli, sampai kat umah jer, mesti ada yang tak puas ati dengan pakaian yang aku beli, sebab tu aku lebih suka memakai pakaia yang lama jer. sama jugak dengan kasut, seingat aku, aku sudah ada 5 pasang kasut jenama conversem tapi aku hanya pakai sepasang jer. tu pun dah nak hancur, menagapa sebab aku selesa memakainya, kasut tu dah ku pakai selama 3 tahun sudah, tetap setia dengan aku,
so pada konklusi yang dapat aku buat ialah....
terima sajalah sesuatu benda, barang atau seseorang yang hadir dalam hidup atau diri kita seadanya.kalau kita terlalu mengejar kesempurnaan kita akan mendapat sesuatu yang kurang enak....
PUTERA
No comments:
Post a Comment