Salam semua, bertemankan milo panas, biskut gula hamba menaip artikel ini.....
hamba baru pulang dari rapat umum malam terakhir
bermula dari KAB (koleh aminudin baki) kemudiannya habis di KHAR (Kolej harun aminur rashid)
amat penat sekali tubuh hamba rasanya
tapi perasaan hamba amat puas sekali
penuh dengan kepuasan
pada secara jujurnya, hamba sebelum ini tidak pernah terlibat dengan PRK ini
pada hamba semuanya ini tidak penting
hahahaha
tapi silap, bila hamba bertemu dengan seseorang yang telah berjaya membuka mata hamba
tentang pentingnya pilihan raya kampus ini
hamba mula sedar, mula mengetahui tentang hak mahasiwa ini,
kita sebenarnya bebas untuk bersuara, kita sebagai mahasiswa, bukannya mahasiswa yang dicucuk hidung, hanya ditarik kesana sini, untuk menjayakan komplot jahat mereka,
kita ada kuasa, "Student Power"
hamba telah banyak mendengar menifesto - menifesto yang telah dijanjikan oleh calon - calon untuk menarik minat pengundi terhadap diri mereka.
dan hamba mengharapkan apa yang dijanjikan oleh mereka akan ditunaikan setelah mereka mendapat tempat didalam barisan MPP nanti.
itulah serba sedikit tentang pengetahuan hamba mengenai PRK ini.
pada PRK kali ini, pada pendapat hamba merupakan PRK paling kotor yang penah hamba lihat,
terlalu banyak provokasi, fitnah memfitnah didalam rancangan untuk mendapatkan kemenangan
adakah perlu semua ini untuk mendapatkan kemenangan~
hamba sendiri naik pening,
hamba berterus terang, hamba merupakan Pro Mahasiswa, atau dikira sebagai pembangkang dikalangan mereka.
KAH KAH KAH (pinjam ayat abg hishamudin rais)
terlalu banyak benda buruk yang telah hamba lalui didalam PRK kali ini
termasuk serangan peribadi, provokasi untuk menjatuhkan seseorang, fitnah sudah semestinya
serangan yang dilakukan melalui laman sosial Facebook....
apa yang kelakarnya, si penyerang banyak menggunakan akau palsu, takut untuk menunjukkan muka sebenarnya, dikatakan sebagai pengecut...
takut untuk berhadapan secara terus dan mengeluarkan identiti yang sebenarnya.
hamba juga amat terkilan kerana, ada sesetengah pihak yang mempermainkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri, sedih cukup sedih sekali.,
mereka yang dipermainkan itu, sedih cukup sedih
mengapa yang menyuruh itu tidak bertanding.....
hamba pening untuk memikirkanya
tapi konklusi yang hamba dapat buat disini ini ialah pililihan raya paling kotor pernah hamba lalui~
No comments:
Post a Comment