PAKEJ 1
1 Sticky Album (80 - 120 Keping Gambar)
1 x photo size 8x12 + frame
1 x DVD unlimited photo (edit and unedited)
RM 600.00
PAKEJ 2
1 x Custom Album 8x12, 22 page
1 x photo size 8x12 + frame
1 x DVD unlimited photo (edit and unedited)
* RM 350 for extra custom album
* RM 300 extra for 2nd ceremony
RM 1100.00
SHOOT AND BURN
1 x DVD copy Photo
RM 300.00
HUBUNGI :
Nik Mohd Fareez @ Uyeh
019-9328344
017-9163869
HUBUNGI :
Nik Mohd Fareez @ Uyeh
019-9328344
017-9163869
TERMA DAN SYARAT
Harga pakej tidak termasuk caj pengangkutan dan penginapan.
Caj pengangkutan dan penginapan akan dikenakan bagi luar kawasan, atau jika perlu.
Bayaran deposit sebanyak 50% semasa tempahan, 30% semasa majlis dan baki 20% semasa penghantaran album.
Bayaran tambahan akan dikenakan atas jurugambar tambahan jika dikehendaki.
Foto terpilih akan dipaparkan dalam internet.
Tempahan dianggap rasmi dari jumlah 50%deposit.
Deposit akan dipulangkan 30% jika berlaku pembatalan.
Tempoh siap album dianggarkan sekitar sebulan. Walaubagaimanapun, masa tambahan mungkin diperlukan dan akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS.9. - Harga tertakluk kepada perubahan semasa.
SEDIKIT RINGKASAN BERKAITAN HARGA
1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10 – RM 15 ribu. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah Photographer mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain anda mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos “sewa” peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Jurugambar juga telah menghabiskan ribuan ringgit untuk mempelajari selok belok dalam fotografi melalui kelas – kelas formal mahupun tidak. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermkan, beliau hanya akan mendapat bayaran dri kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar Cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkawinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis disitu sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos Material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan diatas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengankutan, cetakan gambar, album, bil talifon, kos promosi serta lain – lain kos perniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia untuk hidup anda.
P/S : Ni harga terbaik yang dapat saya bagi, jika masih kurang memuaskan, saya tiada masalah...
No comments:
Post a Comment