Kelate Flag

Wednesday, February 13, 2013

Pendidikan Percuma

tahukah anda sebab apa PAKATAN RAKYAT mampu untuk memberikan PENDIDIKAN PERCUMA...?

Pertama, apabila kerajaan BN tumbang, maka kerajaan yang mengambil alih sesudah itu tidak perlu lagi membela biawak - biawak, cukong - cukong dan taikun besar yang selama menarah duit rakyat dengan menjadi kroni kepada kerajaan BN, kerana selama ini untuk membela mereka disebabkan adanya syer - syer menteri - menteri dalam setiap syarikat cukong - cukong dan taikun yang mendapat insetif "sebut rasuah" atau duduk goyang kaki wang jatuh dari langit hasil airmata rakyat MALAYSIA dari kerajaan BN.

Maka bebanan yang perlu ditanggung semakin berkurangan oleh kerajaan yang baru, maka kewangan juga dapat dijana dengan lebih praktikal, tidak lagi hanya individu yang bermonopoli segala perniagaan, baik cukong - cukong melayu cina india.

Kedua, setiap badan kerajaan yang telah diswastakan "sebut sistem kapitalis" akan dikanunkan semula satu persatu dan berperingkat - peringkat kepada kerajaan, maka maintanancenya akan menjadi lebih rendah dan harga beli jika kerajaan yang membelinya jauh lebih murah dari rakyat yang membeli walau apa barang sekalipun kerana ianya dibeli secara PUKAL.

Ketiga, selama ini menteri - menteri dari BN telah menghilangkan, merompak dan mencuri wang rakyat hampir RM 1 trillion sejak 56 tahun yang lalu dan ini juga akan dicari sehingga ke lubang cacing, harta rakyat yang menjadi pemikul amanah kerajaan malaysia akan dipantau sendiri oleh rakyat Malaysia. Secara teknikalnya, hanya 10% sahaja harta kekayaan malaysia jika dikongsikan bersama untuk 28 juta warganegara, nescaya tiada lagi orang miskin akan dijumpai.

Keempat, kekayaan hasil negara seperti tembaga, balak, minyak, emas, bijih besi, sawit, getah akan dimaksimumkan untuk dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk pengurangan harga petrol, penurunan harga kereta, pendidikan percuma, dan rumah teres mampu milik dibawah RM50k kerana tanah mungkin akan diberikan secara percuma kepda setiap rakyat sebagai keperluan asas bagi setiap manusia dan pemaju adalah kerajaan sendiri. Kerana falsafah pakatan rakyat cukup mudah, biar cukong mati asalkan rakyat hidup, berbeza dengan falsafah BN, biar cukong kaya raya, rakyat pergi mati.

Kelima, perlu ditekankan bahawa, kerajaan baru wajib berjuang untuk rakyat dan bukan untuk diri sendiri kerana dari zaman berzaman untuk melihat akhlak rakyat disebuah negara, lihatkan akan pemimpinnya. Amanah perlu dipelajari sehingga ke peringkat PhD.




No comments:

Post a Comment