Kelate Flag

Saturday, February 27, 2016

WANITAKU


Wanitaku, saya ingin mencintaimu sebagaimana cinta Adam terhadap Hawa, begitu juga mencintai kamu sebagaimana cinta Shah Jehan terhadap Taj Mahal, tidak lupa juga bagaimana Romeo terhadap Juliet ataupun Uda terhadap Dara dan saya ingin mencintai kamu sebagaimana yang telah diceritakan oleh semua kisah cinta agung di dunia ini.

Wanitaku, jika saya berkuasa sudah lama saya bawa kamu melihat nyanyian dan tarian bidadari syurga, sudah lama saya himpunkan semua roh cinta, kemudian diberikan pada kamu semuanya dan akan saya ciptakan satu dunia baru hanya untuk kita berdua supaya kita boleh berpesta selamanya.

Wanitaku, saya ingin kamu tahu yang saya bukannya manusia yang sempurna. Saya pasti akan melakukan kesilapan - kesilapan yang biasa dilakukan manusia. Saya bukan hebat untuk membuatkan kamu terasa seperti berada didalam syurga, suatu hari nanti pasti akan ada waktu yang saya akan buatkan perasaan kamu terluka dan pasti akan ada hari yang kamu akan membenci saya.

Wahai wanitaku, walaupun setinggi langit dan seluas lautan dosa saya terhadap kamu, percayalah...
Saya tetap akan mencintaimu selamanya.

No comments:

Post a Comment