Kelate Flag

Monday, July 15, 2013

Luahan

Banyak.... benda yang telah ku lalui sejak beberapa tahun nih... ada yang duka, ada yang suka, ada yang meningkat, ada yang menurun...

Kata - kata seorang pelukis komik,
" guru terbaik sepanjang zaman adalah pengalaman masa lalu"

baru sekarang aku mengerti semua ini...


Sunday, July 14, 2013

Aktiviti Malam

Anak kecil main api.....
errkk....
ini bukan lagu najib nyanyi lah...
silap - silap...

baru - baru nih aku ade buat aktiviti, ( yang berfaedah la ) iaitu aku main api......
fuuyyooo main api....
tapi bukan main tiup2 api la.
aku cuma main pusing - pusing api tu....

macam mane...?
macam nih cara dia...

eh, tengok hasil gambar je lah...
malas aku nak taip panjang - panjang,...
sebab aku nih lebih kepada otak kiri...
tak suka tulisan aku minat ilusi, hasil seni macam gambar...







































Tuesday, July 9, 2013

Pengembaraan Dengan Tenggiling

Pada hari jumaat yang permai dan indahyang lalu, aku, iaitu penulis tetap didalam blog ini telah membuat satu pengembaraan yang sangat drastik dan syok serta enak dimakan begitu sahaja. Pengembaraan yang dimaksudkan ialah, aku telah ke perak serta kuala lumpur bersama - sama dengan aku punya motor lah. mane motornya..? ini dia...
.
.
.
.
.


huhuhu... motor yamaha ego first model bak hang...

perjalanan bermula seawal jam 7 pagi kerana aku KESEORANGAN....



iye, aku keseorangan, kerana, aku memang suka buat kerja gila nih. mencabar diri ketahap maksima..  lagi satu aku nih jenis suka bawak motor perlahan je, jadi aku rasa, aku lebih suka jalan sorang - sorang, lagi satu, kalau aku suka kan tempat tu, jadi aku boleh berhenti dan amik - amik gambar, jadi, aku tak ade lah nak susahkan orang....



































ok, sekarang nih... aku dah lepas daerah aku, iaitu daerah KUALA KRAI.... nih pintu gerbang menandakan aku dah nak masuk daerah gua musang pulak... sorang - sorang je beb..



































nih panorama, dekat gua musang nih... syok woo... nikmati keindahan alam..


































nih, pintu gerbang nak masuk bandar gua musang lak.... lepas je pada nih, maknanya aku akan lalui jalan hutan, iaitu jalan lojing - cameron highland - simpang pulai.



































nih pulak, jalan lojing menuju ke cameron highland.... permandangan yang cantik...


































yeeayyy... da sampai cameron highland...



























tenggilingku merentasi cameron highland


























yeaayyy lagi... da sampai perak dah.... jap lagi naik highway lak...



























ni plak, kat highway..... dari simpang pulai menuju ke tangjung malim... tapi aku keluar ikut behrang...



siap g selangor lagi tu... huhu

jadi.. itu lah serba sedikit pengembaraan aku untuk kali ini...

total minyak
masa kelantan ke perak = rm 19.00
masa perak ke kelantan = rm 16.00

best naik motor ni.... tapi penat la sikit.. hehehe

ok sudah siap entri kali ini..
bye,

di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam...

Assalamualikum,





























Tuesday, July 2, 2013

Thursday, June 27, 2013

Mak Saya Suka Tanam Bunga







Assalamualaikum... 

mak aku, dah memulakan hobi dia balik dah... iaitu tanam bunga.. aduyai... aku lah jadi mangsa yang kene angkat pasu, isi tanah dan macam - macam lagi lah... tapi tak pe.. tu untuk ibu kita jugak,... hehehehe


Tuesday, June 25, 2013

Ringkas




INI AKU...
INSAN BERNAMA
" NIK MOHD FAREEZ BIN MOHD FAUZI"

Saturday, June 22, 2013

Minda Kelas Ketiga

pada malam tadi iaitu.... hari ini pada 19 Jun 2013, hari rabu, aku g lah derak pasar malam.... bukan aku nak cakap pasal kemeriahan pasar malam tu... tapi aku nak cakap tentang mentaliti, idealogi serta pemikiran manusia2 di sekeliling...

bercakap pasal dunia maju, negara membangun, namun pemikiran masih di tahap minda kelas ketiga...  ceritanya macam nih... masa aku dekat pasar malam, aku g agak lewat la jugak, orang dah mulai reda dan tak ramai.. namun apa yang ditinggalkan..? sampah sarap, plastik, kulit buah, lidi makanan dan macam2 lagi lah...... salah ke nak simpan sampah tu dan buang di tempat yang sepatutnya..? memang aku akui, di pasar malam tak banyak disediakan tong sampah.. tetapi tu semua bukan alasan utk kita nak buang sampah sesuka hati... alahai rakyat negaraku....

disini aku selitkan beberapa perkara mengenai MENTALITI KELAS KETIGA..

01. di pasaraya, selepas menggunakan troli untuk memasukkan barang kedalam kereta, kemudia troli tersebut ditinggalkan begitu sahaja di tempat parking dan selalunya menghalang laluan kereta dan parking.

02. parking bertindih. pasti kebanyakkan kita pernah melalui keadaan ini dimana ada kereta yang kereta parking bertindih di belakang kereta anda dan menyebabkan anda tidak boleh keluar.

03. berasak - asak masuk lif tanpa menghiraukan pengguna yang mahu keluar.

04. membuang sampah merata - rata dan membuang sampah dari tingkap kereta.

05. tidak berhenti semasa zebra line. di malaysia keadaan yang unik berlaku dimana pelintas yang menggunakan zebra crossing terpaksa berkompromi dengan pemandu kenderaan demi nyawa mereka.

06. tidak memakai tali pinggang keledar atau hanya memakainya ketika ada roadblok.

07. bekerja hanya semata - mata untuk duit dan bukannya berdasarkan passion, minat serta bakat.

08. dengki dengan kejayaan orang lain, dan kalau boleh dia mahu semua manusia sama tahap dengan dia dan tidak lebih. jika ade orang yang lebih dari dia.. dia akan menjatuhkan insan tersebut.

09. sukakan hiburan semata - mata, tidak suka sesuatu yang bersifat pembelajaran, dan hiburan yang diminati adalah dari jenis hiburan yang berkelas rendah dan picisan yang tidak mampu untuk mencambahkan pemikiran dan minda.

10. terlalu cepat berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri dan tidak mahu untuk memajukan lagi diri

sekian dari aku untuk penulisan kali ini....

p/s : aku ade azam baru,.. aku nak memperjuangkan bahasa melayu...