PRK UPSI terus hangat!! Pro-Mahasiswa diasak hebat oleh Pro-aspirasi. Episod-episod pengkhianatan dan ketidakadilan terus menerus menimpa Pro-M. Dari siri konspirasi jahat menjatuhkan Adam Adli, kerja jahat ala Machiavelli ini terus dimainkan oleh Pro-M apabila dengan menggunakan kuasa ekonomi yang dimiliki, menjatuhkan pula Calon UMUM LMP, Hafiz Hilmi dan menambah koleksi dugaan yang dihadapi Pro-M, terutama front marhaen LMP.
Sebelum ini, front Islamik MP juga menerima pengkhianatan apabila wakil calon yang diatur telah "diculik" oleh pihak lawan. Selain itu, terdapat juga beberapa wakil calon bagi Pro-M yang melaporkan kecurian kad matrik pada saat-aat akhir.
Namun, sudah ditakdirkan Ilahi, Hafiz Hilmi yang hilang kelayakan bertanding pada saat-saat getir, mendapat kejayaan yang cukup mengharukan apabila nama beliau diumumkan di saat-saat akhir sebagai satu-satunya calon dari 7 orang calon rayuan yang layak bertanding.
Sudah jatuh ditimpa tangga buat Aspirasi, ambience kemenangan cukup dirasai Pro-M hari ini apabila bukan sahaja pengkhianatan terhadap Hafiz Hilmi, Amirul Afzan, Nurbasik, dan Saufi berjaya dipatahkan setelah usaha bersusah payah membela diri, malah kem Aspirasi turut menerima tamparan hebat apabila Adam yang dianggap telah tumbang, membuat kejutan apabila tiba-tiba muncul di pentas KAB hari ini bagi membakar semangat serta mengisytiharkan perang ke atas Pro-Aspirasi.
Momentum diteruskan dengan ucapan memikat dari Zahar, ketua umum Pro-Mahasiswa yang berjaya menarik ramai penyokong untuk melaungkan kata-kata semangat perjuangan. Sebagai buah penyudah, perjuangan Pro-M dijayakan lagi dengan ucapan calon paling popular PRK 2011, Abdullah Sidek dari MP yang memukau ramai penyokong.
Ternyata, Aspirasi bakal berhadapan kebangkitan mahasiswa yang telah mula sedar dan PEDULI.
PRK kali ini ternyata berbeza dan hangat. PRK 2011 melakar sejarah apabila melalui Calon UMUM Muslimah MP, Nadia Syazwani, gabungan solidariti mahasiswa MP dan LMP dengan berani mengisytiharkan: KAMI ADALAH PRO-MAHASISWA!
No comments:
Post a Comment