Kelate Flag

Thursday, February 17, 2011

Sekitar Penamaan Calon PRK UPSI 11.... (amat penat bagiku)

Salam all to my geng
hari ni hamba amat penat setelah seharian berada di kampus~
untuk melaksanakan tugas sebagai seorang mahasiswa~
iaitu, hamba telah menjadi penyokong kepada kawan baik hamba
untuk bertanding didalam merebut kerusi PRK UPSI 11
iaitu saudara Muhamad Nurbasik @ Cap Ketereh
nama manja yang amat sinonim dengan dirinya

bermulalah kisah yang penuh duka dan suka akhirnya
pertama sekali, kami telah berkumpul di Bangunan E-learning,
setelah itu, berarak ke Bitarasiswa
kemudiannya, bersama - sama untuk mengiringi Calon
masuk ke dalam dewan penamaan~

Hamba mewakili Legasi Mahasiswa Progresif atau lebih dikenali sebagai LMP
bergandingan dengan Mahasiswa Pendidik Atau MP
Cap Ketereh mewakili kami didalam merebut kerusi wakil fakulti
iaitu Fakulti yang paling lucu namanya
iaitu
Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif
(FSKIK)
cukup pelik dan akan tergelak bila mendengan namanya

mengapa hamba berkata banyak kisah duka dan suka,
hal ini kerana, pada mulanya, Cap Ketereh telah mendapat bantahan daripada pihak lawan, hal ini membuatkan kami begitu tertekan sekali
Namun, dengan berkat dan pertolongan dari-Nya,
maka,
calon kami telah berjaya memperoleh tempat untuk pertandingan
kesemua calon LMP layak untuk bertanding~

Cap ketereh bersama - sama saufi destiny akan memperjuangkan Hak mahasiswa,
dan akan membuktikan Student Power didalam Fakulti kami
sekian dahulu coretan dari hamba~

Begitu Indahnya Permainan Kotor Darimu~

No comments:

Post a Comment