diriku...
ok nak dengar cerita tak..??
sal diri ini..??
huhu
sal diri ini..??
huhu
xnak dengar pun xper..
xkisah pun
ni blog sy
ikut suke sy lah
eh siaalll lahh..
hahahhaha
ok, nama diberi Nik Mohd Fareez Bin Mohd Fauzi..
ayahku Haji Mohd Fauzi Bin Husin.
ibuku Tuan Mah Binti Tuan Sulaiman...
ku dilahirkan di kampong gertak kankong di kuala krai kelantan...
pada 30 Jun 1988, masa dan hari ku dilahirkan ku lupa plak, dah tanya pada mak dan ayah ku,tapi ku yg lupa..
mula mengenal erti persekolahan pada tahun 1994 iaitu di tadika kampung tengah, selepas itu meneruskan perjuangan alam persekolahan di SKKT ( Sekolah Kebanggsaan Kampung Tengah) pada tahun 1994-2000..
tamat darjah 6 disekolah itu, ku meneruskan perjuangan di SMK Mengkebang, sehingga tingkatan 3, lulus PMR ku pun berpindah sekolah ke Sekolah Menegah Teknik Kuala Krai, di dalam bidang elektrik...
namun disekolah itu, ku rasakan zaman gelap dalam hidupku bermula...
apabila diri ini mengenali pelbagai rakan, disamping mengenali rakan baru, ku juga mengenali, rokok, pil kuda, ubat batuk, ubat, dan macam - macam lagilah..
kadar ku kesekolah pun semakin hari semakin menurun, tipu ibubapa apatah lagi, ku di pandangan ibu bapa, ku pergi sekolah, sebenarnya tidak. dari hari ku semakin teruk, dari menjadi penagih pil kuda ku menjadi pengedar, semasa menjadi pengedar, ku tidak pernah sesekali kene tangkap, untung memang untunglah, dalam masa seminggu ku dapat kumpul rm 1k lebih, tapi yang ku hairan, kemana menghilang duit itu, sekarang baru ku faham, duit haram.. memang tak rasalah.... kegiatan ku berterusan sehingga ku tingkatan 5, sebelum spm, ku ditangkap oleh ayahku sendiri, atas kesalahan mengedar pil kuda, memang teruk diriku kene pukul sehingga separuh mati, tapi yang paling menyayat hatiku, keluargaku tidak mengaku ku sebagai anak mereka, terasa amat pedih sekali ketika itu, ku sudah benar2 insaf, tapi sudah terlambat...
ku menduduki SPM pada tahun 2005, namun spm buleh buang kelaut....
hancur keputusannya, tak hancur macammana, aku pegi sekolah bukannua belajar, aku main, lawan guru, mencuri di kantin, di koperasi, ponteng kelas, ponteng sekolah.....
namun keputusan ku cukup bernasib baik kerana ku dapat meneruskan perjuangan di STPM di Sekolah Menengah Kebanggsaan Kuala Krai dalam jurusan seni (tu pun cukup cukup makan)....
masa di STPM lah ku benar2 belajar, ku rasakanlah...
yang sedihnya, semua perbelanjaan masa di STPM semua di tanggung olehku sendiri, hal ini kerana, ayahku sudah tidak percayakan ku lagi...
Alhamdulillah, ku berjaya mengharungi STPM dan berjaya mendapat keputusan yang boleh dikatakan cemerlang...
dan berjaya memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris,
untuk menjadi seorang guru...
di awal2 aku masuk U untuk menjadi guru, semua rakan, guru org kampung ku tidak percaya yang aku nih nak jadi cikgu, tapi itulah hakikatnya.. ku nk jadi cikgu, (walaupun cita - cita sebelum ni tak terpikir pun nak jadi cikgu)
masa aku dapat tawaran U ni lah baru pertama kali ayahku bercakap dengan ku, ku rasakan tiada org yang lagi gembira selain ayah dan ibuku, aku juga gembira kerana, dapat membuktikan kepada keluargaku yg aku buleh berjaya sama seperti sanak saudaraku yg lain,....
dan yang paling mengembirakan ku, ialah aku dapat berbaik semula dengan ayahku setelah lame kami tidak bertegur sapa. dari tahun 2005 lagi koott..... (lame tu)
sehingga artikel ini ditulis, diriku sudah menamatkan praktikum di SMK Kubang Kerian...
masih ada baki 1 semester utk ku menghabiskan pengajian di peringkat sarjana dan akan menjadi guru yg sebenar...
dan kurasakan cukup sudahlah ku mengcoretkan sedikit tentang diriku...
nanti ada masa ku sambung pulak..
ku nak ber"facebook" pulak..
hahahah...
chow...
No comments:
Post a Comment