Kelate Flag

Tuesday, January 31, 2012

Photography Is Black And White

Aku tak bisa untuk bermain dengan kata-kata yang dirangkapkan dengan cermat, dirangkaikan menjadi satu PUISI....

Tapi aku mencuba untuk bermain dengan Elemen - Elemen dan Contents didalam kamera, bingkai yang dikompo menjadikan satu PUISI VISUAL...







Tuesday, January 10, 2012

Kebasan...

Bertemankan Rokok, Segelas Pepsi hanya kedengaran kereta lalu lalang yang menengelamkan suka dihati lantas kipas yang dari tadi hanya memerhati sambil tajam merenung irama jari menari di atas lantai papan kekunci yang mana ianya datang dari irama hati bersebelahan dengan yang tak dikenali lantas perucapan dimulai. Salam diberi ASSALAMUALAIKUM. Tanda kita sebenarnya hamba dimuka bumi tapi mengapa hamba itu sebenarnya angkuh dan durjana lantas lupa asal usul sebenarnya kita nih sebenarnya hina. Sungguh pemikiran manusia yang kompleks lantas membuatkan aku terfikir mengenai berfikir, antara lutu dan kepala masing - masing ada kesamaanya, jika diguna makan bodohla juga dipanggil hina.

Intro itu tidak bermaksud permulaan bicara alam maya di realiti yang hilang entah kemana. Permulaan juga bukan awalan sebagai awalullkalam kerana setiap itu pasti ada yang mula - mula, mula - mula sebelum berakhirnya akhir itu dipanggil hujung tidak bererti penghabisan, setelah habis timbul buku baru tapi cerita tetap seakan hampir sama, ah.... orang kampung, otakmu terlalu singkat, "eh, aku tengok kau dengan dia, dia nih kau aku tengok, tapi kenapa dia nih bla bla bla bla bla bla bla...." alahai TIPICAL MALAY (maaf cakap inggeris lagi)....

Dulu hina bukan bermaksud dihina sekarang, aku kagum dengan kepantasanmu, yang cepat menilai tanpa ada usul malah periksa,

SUMPAH ini Konflik, bukan dalaman bukan luaran tapi hakiki kisah hidup. Bukan Luahan tapi madah dendam, yaaa, aku masih berdendam, dendam itu tak akan padam selagi dendam itu belum berdendam malah ungkapan maaf lahir lubuk hati itu ikhlas tapi sebenarnya hakiki yang palsu. Bukan niat nak marah tapi sedikit geram bila kisah lama diungkit lagi, yang sudah sudah tapi biarlah ia menjadi SEJARAH, aku, dia, kamu, mereka, kami, kamu, kamu, kamu, kamu, kamu, kaum mu....

tiada putar belit yang dapat diungkapkan, geram menjadi nadi hidup pada ini hari...

Mataku hanya memerhati, otakku mentafsir, hatiku berbicara, bermonolog aku dengan diri.....

Aku rasa ada manusia terlupa aku pernah jatuh sebelum ini. Jadi jangan fikir kisah lama sudah dilupa dan kamu kamu kamu kamu kamu boleh suka - suka gurau senda macam aku adik beradik kelahiran MAK BAPAK kau atau dia. Rumah aku ada banyak tisu jika kau perlukan untuk lap hingus. Pergilah ke meja petak, bicara dan aku mampu sembur depan muka. Sini bukan tempatnya, cuma mahu sesiapa baca. Peace itu keaman....


p/s : lelaki ini ....
ditimbang tanpa neraca diawal usia dihukum masuk neraka oleh manusia minta tunjuk salahku agar dapat ku pergi hilang dari muka, tapi aku takkan berganjak biarkan saja begitu...

Bergerak Mengikut Logik....:)


Saturday, January 7, 2012

Puah Hati... TIDAKLAH.....!!!

Alkisah, sebuah kisah bukan khayalan, tapi minda bermain di sambung dikepala yang pasti bukan dilutut.
Saat bahagia tiba bukan menjelma bagai purnama alunan merindu bagi perempuan Dato, kisah dua hati disambung bukan untuk coretan tapi luahan dendam bukan hati tak puas tapi itu sebenarnya tak puas hati. Dah dapat seluruh lebih dari ikutkan cukup tapi masih ada Makhluk Tuhan yang hatinya masih tak puas, kepada si perampas itu Kalian mesti ngerti sedangkan aku pun masih cuba untuk difahami malah memahami itu perampas sekalian pening datang hinggap dikepala tidak ditunjuk tapi untuk di beritahu bukan sebagai pemberitahuan. PembolehUbah biasanya diguna didalam membentuk teori sains tulen digunakan selalu untuk dicatit bukan amalan tapi pelakuan.

Hey Lelaki Durjana, jangan engkau sesekali untuk cuba cuba try test power dengan perampas, saat pagar itu sebenarnya runtuh untuk sabar tapi masih lagi tahan dek kerana itu sebenarnya jauh, takut tentulah tidak malah nafikan itu untuk diri aku, aku, aku, aku, aku, aku, aku..... Mengapa masih kau bayangkan tragedi itu, sebenarnya perampas telah ambil tragedi itu dikarang didalam sebuah buku jalan cerita baru watak sama cuma berbeza perwatakan masih lelaki dengan wanita, bukan betina dengan jantan itu haiwan sesuai dengan kamu Hey Lelaki Durjana..... Paradigma lakonan Lelaki Durjana hanya diiya kan oleh Perampas kerana bukan simpati tapi kasihan melihat otak dilutut guna bukan kepala tapi dibuang bagi pada binatang pun laku tidak sah lah ia sebenarnya gila. Nukilan kecil semakin hari semakin hilang tapi tidak merekah malah besar pun perlahan - lahan amarah itu timbul tenggelam kadang hilang tapi sebenarnya wujud tidak akan ditunjukkan walhal itu sebenarnya mudah dilepas tapi masih dinding digunakan sebagai halangan nmun bukan penghalang. Tak salah duduk semeja dirumah aku masih ada banyak tisu untuk kau lapkan hingus2 CELAKA yang keluar dari hidung takkan di mata...

Ini worang Lelaki Durjana mula timbul konflik bila perampas masih lagi dikatakan bersalah tapi tidak dirasakan kerana mulutnya mengatakan tidak bukan nak takwil tapi sangkal pun tak lepas kerana salah diri sendiri masih lagi tidak diiyakan malah orang lain salah itu pun kuman saiz kau masih nampak. Secara ironinya, aku masih disalahkan tengok mata kamu sebenarnya kamu salah tengok.....

Thursday, January 5, 2012

Lagu kegilaan



Lyrics to Heavy Chains :

She wants to run, goin' on,
point of no return
No looking back, hope is gone,
just a slow burning
Lost without love, so she tries
to get all she can
Into the night, desperate eyes,
look for helping hands
Like a scream, the siren's call
Now it seems she's lost to all
Moving slow, and trapped in pain
Don't run with heavy chains
What's left is torn apart
Heavy chains on heavy heart
Her broken life
Her broken heart
Broken promises lost and found
Just a knife
Into her heart
Keeping her down
What's left is ripped apart
Heavy chains on heavy heart
Broken pieces of life
Broken pieces of heart
Broken pieces of promises lost and found
Heavy chains like a knife
Cutting into her heart
Keeping her down
Ohh, heavy chains!

Milan...


Nikon D80 | 50mm | Available Light

konsep berbeza..
to be continued.....

Tertarik Membeli Fikiran Manusia

Pelik dengan segenap sikap binatang bernama manusia nih....
macam - macam hal, darilah itu ke ini, hissshhhh... susah maaaaa mau pikir...
kadang - kadang ku terpikir jugak untuk membeli belah fkran manusia, dari seekor manusia yang tubuhnya da besar namun otaknya masih lagi ditaraf kecik budak...

Bukan sekadar untuk merungut, tapi luahan hati kene keluarkan, nanti kita meletup susah, hidup ini memang indah namun indah lagi jika bersama yang tersayang... tak salah pergi kedai minum air hilankan kering tekak yang sebenarnya basah, namun berkata tanpa berfikir boleh buat orang pening namun nak "speaking kene pandai bercakap" mendengar kena tekun "listening" baru ikut hukum walau bukan hukum wajib namun tak salah jika ikut andai itu untuk hidup....

Kita hidup dalam masyarakat kene pandai bermasyarakat, tahu lah itu kubur sorang - sorang namun kealam kubur tu sebalumnya hidup, masih ramai orang perlu nak pikir bukan diri sendiri, nak kata hukum karma bukan selalu buat baik dbalas baik buat jahat dibalas jahat namun tu bukan paksi untuk berdiri ikut kepala sendiri kasi orang senang tapi ramai terbunuh susah jugak, sama - sama dalam industri ini bukan niat nak mecantas tapi tolong menolong itu perlu, bukan miskin jika ambil murah namun tak kaya jika mahal... sesuatu makin kompleks bila tu orang orang sendri mahu pertikai bahawa anda hebat sebab rendah tapi tu orang lain tu tinggi nak kasi jawab apa, andai orang semua itu anda nak sapu silakan tapi masih anda pentingkan kualiti dari kuantiti... Kadang segan menaip benda benda karut marut luar batas imiginari kalau apa disarung pakai pada akal dan minda sendiri pun compang camping... Megah dalam maya lingkup dalam nyata..... ajak bertemu mata alasan dsembur bukan mahu hjentik cuma mahu senilai jawapan mungkin dapat ubati hati atau diterkam dengan kata berapi...

Hanya sebab tolong sekali dua jangan kata anda tahu erti pengorbanan semua, hanya sebab anda cakap bernas sekali sekala dengan lagak macam boleh buat dua - dua, hanya sebab penutup 2011 jangan PEKAK BUTA tak tahu nak tolong dan tindak balas saat orang susah dan sesak nafas hangpa sedap sukara cucimata. Kail panjang sejengkal jangan nak mengada nak auta jual muka dan rupa tapi haram bingai apa diharap hanya mulut sahaja boleh dipakai. Ayat kecewa bukan hentam tak kena tapi baca sikit saja hangpa majal aku diakhir penutup kalendar. Waktu buat habis baik akhirnya duduk tanggung perit keliru mencari jalan pergi dan balik. Keamanan itu peace jika faham transelitnya.....


Monday, January 2, 2012

tanpa tajuk


Tertarik membeli belah fikiran MANUSIA