Kelate Flag

Tuesday, January 10, 2012

Kebasan...

Bertemankan Rokok, Segelas Pepsi hanya kedengaran kereta lalu lalang yang menengelamkan suka dihati lantas kipas yang dari tadi hanya memerhati sambil tajam merenung irama jari menari di atas lantai papan kekunci yang mana ianya datang dari irama hati bersebelahan dengan yang tak dikenali lantas perucapan dimulai. Salam diberi ASSALAMUALAIKUM. Tanda kita sebenarnya hamba dimuka bumi tapi mengapa hamba itu sebenarnya angkuh dan durjana lantas lupa asal usul sebenarnya kita nih sebenarnya hina. Sungguh pemikiran manusia yang kompleks lantas membuatkan aku terfikir mengenai berfikir, antara lutu dan kepala masing - masing ada kesamaanya, jika diguna makan bodohla juga dipanggil hina.

Intro itu tidak bermaksud permulaan bicara alam maya di realiti yang hilang entah kemana. Permulaan juga bukan awalan sebagai awalullkalam kerana setiap itu pasti ada yang mula - mula, mula - mula sebelum berakhirnya akhir itu dipanggil hujung tidak bererti penghabisan, setelah habis timbul buku baru tapi cerita tetap seakan hampir sama, ah.... orang kampung, otakmu terlalu singkat, "eh, aku tengok kau dengan dia, dia nih kau aku tengok, tapi kenapa dia nih bla bla bla bla bla bla bla...." alahai TIPICAL MALAY (maaf cakap inggeris lagi)....

Dulu hina bukan bermaksud dihina sekarang, aku kagum dengan kepantasanmu, yang cepat menilai tanpa ada usul malah periksa,

SUMPAH ini Konflik, bukan dalaman bukan luaran tapi hakiki kisah hidup. Bukan Luahan tapi madah dendam, yaaa, aku masih berdendam, dendam itu tak akan padam selagi dendam itu belum berdendam malah ungkapan maaf lahir lubuk hati itu ikhlas tapi sebenarnya hakiki yang palsu. Bukan niat nak marah tapi sedikit geram bila kisah lama diungkit lagi, yang sudah sudah tapi biarlah ia menjadi SEJARAH, aku, dia, kamu, mereka, kami, kamu, kamu, kamu, kamu, kamu, kaum mu....

tiada putar belit yang dapat diungkapkan, geram menjadi nadi hidup pada ini hari...

Mataku hanya memerhati, otakku mentafsir, hatiku berbicara, bermonolog aku dengan diri.....

Aku rasa ada manusia terlupa aku pernah jatuh sebelum ini. Jadi jangan fikir kisah lama sudah dilupa dan kamu kamu kamu kamu kamu boleh suka - suka gurau senda macam aku adik beradik kelahiran MAK BAPAK kau atau dia. Rumah aku ada banyak tisu jika kau perlukan untuk lap hingus. Pergilah ke meja petak, bicara dan aku mampu sembur depan muka. Sini bukan tempatnya, cuma mahu sesiapa baca. Peace itu keaman....


p/s : lelaki ini ....
ditimbang tanpa neraca diawal usia dihukum masuk neraka oleh manusia minta tunjuk salahku agar dapat ku pergi hilang dari muka, tapi aku takkan berganjak biarkan saja begitu...

Bergerak Mengikut Logik....:)


No comments:

Post a Comment