Kelate Flag

Tuesday, October 30, 2012

i'm a hero but i'm zero

sebenarnya aku dah putus asa...
banyak benda...
usaha bertahun - tahun..
hancur macam tu je....
nasib...

Monday, October 29, 2012

Mabuk Tujuh Lautan - Wings

demi nafas serta nyawa
yang berlegar dinyali
tak pernah ku naksir
kisikan namamu
pabila kelodan
melintasi langit kirmizi
aduhai ratu kosmik

kau ku edan dan ku asyik

kurniakan pintaan tulus pelayar ini restukanlah
kiranamu menyuluh laluan penuh karang dibalik gelora

sungguh aku tagih kama keramatmu
kasihanlah

ku yang mabuk tujuh lautan
mendamba sempadan kabut dua rasa
tinggal membilang layang - layang
sejak hilang jejak hari dan minda

kurniakan pintaan tulus fakirmu
restukanlah
ratu kirana anggun mu pada ku yang sengsara
sungguh aku rindu kama keramatmu
kiranaku

kurniakan pintaan tulus fakirmu
restukanlah kirana anggunmu padaku
kurniakan pintaan tulus pelayar ini
restukanlah kiranamu menyuluh laluan
yang penuh karang

aku rindu kiranaku
yyeeaahhhh
restukanlah restukanlah
kiranamu restukanlah

Sunday, October 28, 2012

PANTAS

pantaskah aku bergerak... jangan perlahankan aku,.. aku nak cepat sampai ke destinasi... aku tidak mahu lagi menoleh kebelakang... pengalaman mengajar aku... tabahkan hidup... walaupun sebenarnya aku melafaz cintaku dengan wajahmu penuh diminda... dan ku masih mengharapkanmu... walau mungkin itu tidaklah banyak... tapi aku belajar menerimanya dengan hati terbuka... Alhamdulillah.

to my amoi,
please remember, i always be there for you, akan selalu datang ketika sunyi, selalu mencari bila kau bersembunyi... cincin dijari tanda ikatan, walaupun terpaksa, ku redha...

Thursday, October 25, 2012

XPDC - Aku dan Sesuatu

Ditelan pahit
Hendak ku buang terasa sayang
Engkau bermadu
Hendak kuminum engkau beracun

Kau bisa hingga punah ranah
Dan mati akan diriku
Kau kebumikanlah aku disini

Kau serang hendap
Cinta yang berbunga dihatiku
Berikan racun pada aku yang
Sedang dahaga

Cintamu membakar aku
Hingga jadi abu
Bergunakah aku lagi
Untukmu

Dewasalah aku dalam
Perjalanan hari ini
Binasalah aku
Andai dikudakan tlunjukmu

Wednesday, October 24, 2012

R.O.Y.A.L.T.I

Assalamualaikum,.. hari nih aku nak berbicara sedikit tentang isu royalti, ye royalti minyak di negeri kelahiran aku. Kelantan Darul Naim. seperti yang sedia kita tahu, kerajaan pusat telah menafikan royalti ini kepada kerajaan negeri kelantan. yes, sudah sudah nampak, hak kami yang terang lagi bersuluh telah dinafikan. nilainya bukan sedikit, banyak sampai berbillion - billion. sebab tu sekarang nih aku boikot petronas. kronologi kes nih bermula sejak dahulu lagi, iye dah lama dah, dimana perjanjian 5% hak kelantan telah dinafikan begitu sahaja,

Kini, aku dan segelintir anak muda kelantan telah melancar kan kempen "R" for royalti. menuntut hak kami, dalam menuntut hak royalti ini, aku tidak akan bermainkan isu politik, sebab aku bukannya minat politik, tapi aku nih more to pembangkang...













Tuesday, October 23, 2012

Rajin la pulak Update Blog

Assalamualaikum awak - awak semua... tiba - tiba mood rajin nak update blog kembali, tapi gambar tak ada lah, ade pun secebis penulisan sahaja. penulisan dari lubuk hati nurani kate orang tua dahulu kala... hhahahaha.

ok seperti yang sedia maklum, sekarang nih aku bekerja dengan member aku, ye lah tunggu posting entah bilanya lagi, kerja di Konsultan Cintaku Jiwa. beribupejabat di tanjung malim dan kami akan mengembara ke seluruh malaysia, menjejaki sekolah - sekolah untuk deiberikan motivasi. ok, aku bukan nak cerita pasal motivasi tu, aku nak cerita pasal life aku sekarang nih, yup. my life as a traveler, banyak tempat aku mengembara, belajar something new, dan aku akan jadikan pedoman didalam hidup, kiranya aku sekarang nih orang nomad la... heheheh..... biasanya kami akan stay di satu satu tempat tu tak lebih dari seminggu dan tak kurang dari 3 hari.

InsyaAllah bermula tahun hadapan kami akan memasuki ke sabah dan srawak pula, melebarkan sayap perniagaan, dan aku juga jika diizinkan Allah, akan membuka sebuah resoran, mungkin di tanjung malim, atau di kuala lumpur, bergantung kepada keadaan lah.......  Nak menampung hidup, nak berniaga dan ikut sunnah.

Monday, October 22, 2012

Kembali

bukan tajuk lagu butterfingers yang diisi, cuma semangat ini alhamdulillah sudah kembali pulih untuk kembali kepada sedia kala... Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu, kerana kejadia ini, aku kembali taat kepada suruhanMu, untuk apa yang terjadi pada sebelum ini, aku benar - benar mengerti hidup ini tidak semudah ABC malah tidak sesukar Alif, Ba, Ta... kita merencanakan hidup kita, kita buat jalan untuk hidup kita, tapi tanpa IzinNYA, kita tidak mampu untuk menyekat malah janganlah kita berduka, Andai kebahagiaan yang dipinta, tapi kesedihan yang menimpa, berbahagialah dengan kesedihan itu... itu pesan aku kepada diri aku sendiri.......

jika sebelum ini aku selalu lari dari masalah, hari ini, aku kembali untuk bersemuka dengannya... bak kata pepatah orng puteh, "face the fear". kalau kita lari dari masalah, sampai bila - bila pun masalah tu tak akan selesai... tapi bila kita menghadapinya, kita akan tenang.. :). satu lagi yang aku pelajari, kembalilah kita kepada jalan Allah, jalan ISLAM, ye jalan yang menjanjikan kebahagiaan, tidak didunia tapi di akhirat sana nanti...:)

ok, untuk yang keseterusnya, demi meneruskan hidup ini, aku akan memulakan perniagaan, bersama - sama dengan 2 orang rakan, InsyaAllah, akhir tahun nih, kedai kami akan dibuka, di....?? lokasinya masih lagi rahsia... sekarang nih aku mengikuti Konsultan kawanku iaitu kami menjelajah ke seluruh Malaysia mungkin tahun hadapan kami akan ke singapore dan Indonesia meungkin... bagi ceramah motivasilah sikit2 kepada adik2 yang bakal mengambil peperiksaan... dan juga aku mengembara untuk mencari benda baru didalam hidup ini, kisah yang lalu aku kana ingati dan menjadi memori didalam hidup dalam tempoh untuk matang.......


cukup disini sajalah aku mengarut... hhehehe, ok bye, assalamualaikum.


sebelum berundur, aku nak dedangkan satu lirik lagu yang menjadi pembakar semangat aku nih...
lagu butterfingers - 1000 tahun

memanglah penat tapi macam mana nak buat
sudah terlambat baru nak cepat, terperanjat,

harap maafkan, diatas segala kesulitan,
perselisihan yang dihadapi, selama ini,
amat dikesali.
takkan berulang lagi..!!

KEMBALI, kembali kepada selamanya,
KEMBALI, kini ku bangun sedar dari mimpi,
KEMBALI, kembali kepada petak pertama,
ku mahu hidup 1000 tahun lagi,

saya takkan, mengambil kesempatan walaupun,
diriku ini kesempitan di awan ke sembilan,
kotaraya, kosmopolitan ini penuh dengan,
iblis dan syaitan penuh dugaan,
kalau jatuh lagi,
berdiri kembali,
sekali lagi,

kembali,
ku mahu hidup 1000 tahun lagi...!!!




Tuesday, October 9, 2012

hanya disini saja

Tangis malam tak pernah ku hajati
mencari sinar permata yang hilang
meraba aku menangis sepi
hilangmu tiada ganti

menari ku menari menghiburkan hati
setelah sekian lama berduka lara
sakitnya hatiku bila kau mula mendusta
cinta saktiku hanya untukmu

lembut selembut embun pagi
menahan siksanya dihatiku ini
manis senyum mu senyum ayu
tiada tara bandin dengan dirimu

sepi aku mendambakan 
cinta saktimu untuk selamanya
namun aku tak daya
hanya disini saja cintaku untukmu