Kelate Flag

Monday, May 6, 2013

Coreta Populor di FACEBOOK

Barisan Nasional menang PRU13 dan masih berkuasa sebagai kerajaan... maka :-

1) Jangan komplen jika anda mendapat saman AES bulan hadapan, tutup mulut dan bayar je lah.

2) Jangan bising jika anda dan keluarga anda di rompak.

3) Jangan bising jika anda disekat dilapangan terbang kerana masih mempunyai baki pinjaman PTPTN, bukankah anda yang mahukan.

4) Jangan bising jika harga kereta, rumah naik melambung tinggi. Buat tak tahu sahaja dan hiduplah dengan BR1M.

5) Jangan marah jika anda di panggil keling atau paria, anda sendiri yang mahu dilayan begitu.

6) Jangan kecewa jika anak anda langsung tidak mendapat biasiswa walaupun mendapat keputusan yang cemerlang, kerana anda yang membuat keputusan begitu.

7) Jangan bising jika sekali lagi rosmah pakai cincin berlian yang mahal dan anda hanya pakai cincin perak, anda yang benarkan semua ini terjadi.

8) Jangan terkejut jika ada keluarga anda yang mati dalam tahanan, andalah puncanya.

9) Jangan kecewa jika ahli politik yang anda undi dapat kumpul harta berbillion ringgit, anda yang beri mereka peluang.

10) Jangan bising kalau bangla dengan myanmar dapat hak sama rata.

11) Jangan bising kalau maksiat berleluasa.

12) Jika negara kita dirudum teruk oleh hutang 87 billion dan muflis, janganlah bising jika anak dan cucu anda dihantar ke luar negara sebagai orang gaji.

13) Jangan bising jika masa belajar tak cukup masa dan tak cukup duit tak makan nak sara hidup.

TERIMA KASIH


Sunday, May 5, 2013

Malaysia Elections.... so suck.

hari merupakan pertama kali aku mengundi sebagai satu tanggungjawab kepada negara... kusangkakan kemenangan, tapi hancur dek blackout.... tapi perjuangan masih belum selesai. masih ada lagi masa untuk kami, (pakatan rakyat) bangun berjuang dan menuntut kembali hak kami.

kesimpulannya....
DENGAN INI RAKYAT MALAYSIA MEMILIH UNTUK MEMBAYAR TOL, BAYAR PTPTN, BAYAR HARGA MINYAK YANG TINGGI, AES, BARANG NAIK, DAN MACAM - MACAM LAGILAH, TERIMA KASIH DAUN KELADI, BERAT NANANG, KEMAH KEMING, JENG KRENG SERTA JILAT COK...

selamat malam, Assalamualaikum...

KELANTAN MASIH KEKAL DI BAWAH NAUNGAN PAS....

DUN GUCHIL : CIKGU LAN PKR

AHLI PARLIMEN KUALA KRAI : DR HATTA RAMLI...

KELATE MASIH LAGI DIBAWAH NAUNGAN PAS....
ALLAHUAKBAR..!!!!!!




Monday, April 29, 2013

IJAZAH

salam petang.... dari diriku yang marhen ini...
aku nak cakap pasal IJAZAH... ye ijazah, why..? sebab aku gagal nak dapatkan segulung ijazah...
tapi cube pejamkan mata untuk seketika, bagi aku, ni pendapat peribadi aku... apa gunanya ade segulung ijazah, tapi masih tidak mampu untuk kita mejadi seorang manusia, ermm, maksud aku... menjadi manusia, dengan adanya ijazah itu, jadi orang yang baik, tahu berkawan dan macam - macam lagilah... adenya ijazah, ianya tidak terpampang diatas dahi, kita ada ijazah, tak menjamin hidup, kesenangan... belajar bertahun - tahun tapi ijazah tidak boleh digunankan...

bak kata malique, " ijazah terbaik datangnya dari jalanan " ape yang aku faham, jalanan yang aku faham tu ialah orang ramai, dari bercakap dan bersalaman... ea betul... orang ramai, yakni masyarakat sekeliling yang banyak mengajar kita tentang erti kehidupan... how to be a manusia, not a lecturer or something else....

Sunday, April 14, 2013

Lata Berangin - SUATU TINGGALAN

hujung minggu lepas, aku ade pegi satu lata kat daerah Kuala Krai nih, terletak di kampong Sungai Pas, namanya Lata Berangin,



pegi dengan family pakcik aku... 


dengan 2 buah kereta


sampai sana buat BBQ sikit


dah kenyang main istana pasir

lepas tu mandi manda.... (budak kecik la) 


This Is Lata Berangin 


ok. done for tonight...
malas nak menaip panjeng2...
huu~
chow...







Sunday, March 17, 2013

Hari Ini...

hari ini... ape yang berlaku kerana semalam, semalam kesilapan, kesan ini hari.... itu yang ku dapat bila segala apa yang terjadi kepada ku selama ini...

mungkin ini dikatakan sebagai hukum karma. sebab, ape yang kita buat, akan dapat balik kepada kita. betul tak..

bebelan ini dinukil di malam hari, selepas berlakunya sesuatu, yang tak mungkin aku akan ceritakan kepada public, biarkan aku dan tuhan saja yang tahu...


Friday, February 15, 2013

Analisis Perlawanan TRW Vs TRG 15/02/2013

Bismilahirohmanirohim.,...

Setelah berehat agak lama, janji kebangkitan diterjemahkan dengan kekalahan mengejut 2-0 kepada selangor...  Bukan nak marah tapi kecewa..!!!

Menyentuh berkenaan Taktikal, saya nampak perlawanan malam ini mirip perlawanan SUMBANGSIH dimana TRW menentang ATM. Penguasaan lawan keatas flank dan opponent avoidance to engage secara intensif di kawasan tengah. Semua orang tahu, TRW mempunyai pemain tengah yang terbaik ketika ini, jadi TRG menggunakan flank dengan sebaiknya untuk mencipta 2 gol awal.

Idea asal Bojan meletakkan Daudsu dan Nik shahrul sebagai fullback mungkin bertujuan untuk membuat attacking duties. Namun keberkesanan lawan menguasai flank menyebabkan jentera pertahanan TRW tidak boleh absorb. Adakah hantaran lintang lawan benar - benar mantap atau pemain lawan kita off position dan x challenge. Nik sangat baik apabila berganding di tengah bersama Obina. Adakah sehingga perlawanan ini, pemilihan posisi pemain masih lagi menjadi ujian dan perjudian..?

Kemasukan Piya dan Keita Mandjou (KM) membawa sedikit nafas. Namun sudah terlewat. KM pada pandangan saya, sudah mencuba sehabis daya dia, namun abiliti dan prestasi yang dipamerkan tidak mencukupi untuk membantu sesuai dengan status beliau sebagai pemain import.

Saya paling suka scene Piya dililit band captain oleh indra, seolah - olah ada aura tersendiri. Tidak sampai 10 minit beliau diatas padang tidak kurang 10 hantaran tepat yang berkualiti dicipta beliau. Ia bukan sahaja soal Piya mencipta lorongan. Semua oran tahu Piya berkemampuan membuat killer pass pada ruang yang sempit, sudut yang sukar... Ia soal kesediaan rakan - rakan seperjuangan menerima hantaran berliau. Keserasian memang wujud, cuma ketumpulan jentera serangan sahaja.

Jenteraserangan tak perlu di ulas dah... Kita perlukan goal machine ketika ini... Dalam musim - musim yang lepas, saya tidak pernah runsing jika TRW bolos 2-0 pada 1st half, kerana kita tahu enjin diesel lambat panas. Peluang untuk menang sentiasa ada. Sekarang setelah ketinggalan 2-0 kita hanya mengharapkan magik. Bagaimana kita nak maintain hingga ke pertengahan musim sehingga menunggu tingkap perpindahan dibuka.......?

Berikut adalah kelemahan ketara pada taktikal permainan :

1) Skill - skill bukanlah sesuatu perkara yang boleh digilap dalam sekelip mata. Jadi, bagaimana kita ingin menyesuaikan skill pemain yang sedia ada taktikal playing yang hendak dibuat.? Perkara ini saya percaya memang mengeletek minda BH, Objektik team adalah mencipta gol dan menang.

2) Passing - Sebelum kemasukkan Piya, kita cuba bermain direct pass tetapi gagal kerana kita tidak dapat maju serentak keatas kerana ancaman permainan laju dan counter attack melalui flank. Sepatutnya kita bermain short pass to space. Banyak kali saya sebut berkenaan ini. Pada ketika ini, hanya ini sahaja yang kita mampu dengan pilihan pemain yang ada. Setiap kali mana - mana pemain yang pegang bola, paling kurang 3 orang pemain perlu berlari membuka ruang dan memberikan opsyen untuk passing atau bersedia menerima bola.

3) Penguasaan Tengah - Ini kekuatan kita yang perlu kita manfaatkan sebaiknya. Kita bukan warrior yang bermain dengan ultra defensive dan prepare untuk counter attack. Sesuatu harus difikirkan supaya kita bermain dengan gaya permainan dengan semua pemain berpeluang mencipta gol terutamanya midfield.

4) Taktik - Dari segi taktikal sebenarnya kita ketinggalan. Bukan TRW sahaja, bahkan seluruh liga kita. Selaju - laju tempo game malam tadi yang kita nampak laju, sebenarnya ia adalah perlahan pada peringkat global. Objektif kita bukan sahaja pada liga tempatan, kita juga mengejar AFC. Pengurusan KAFA perlu selalu update berkenaan hal ini. Semakin hari saya lihat gaya permainan kita semakin tidak bersistem. Seolah - olah kita masuk padang dan try for luck.

5) Winger - Winger menjadi decisive factor kerana penciptaan peluang, attacking duties dan support defensive duties. Sehingga kini, kita tiada winger yang benar - benar mantap. Maaf menyentuh faktor umur, Farhan dan Indra hebat musim dulu, namun sudah berumur. Siapa pemaian ketika latihan yang mampu mencabar posisi mereka dalampemilihan kesebelasan utama. Ketiadaan cabaran dalam latihan dan pemilihan akan menyebabkan performance tidak progresif, lack of development. Kita ada pemain muda, namun dipercayai belum sampai masa untuk menjadi kesebelasan utama.

Dengan prestasi yang ditunjukkan sekarang, percaturan yang streotype, taktik dan taktikal yang mudah dibaca menjadikan saya ketiadaan idea untuk menulis. TRW bukan bergelut untuk berada didalam kelompok 5 terbaik, TRW sekarang bergelut untuk sustain agar tidak terpelosok kebawah liga. Tidak mustahil selepas ini saya berhenti. Bukan kerana kecewa, tetapi kerana ketiadaan idea.

Sebagai sisipan...

" Ketinggalan Mata - sedar atau tidak kita sudah mengharungi 4 perlawanan dari 22, TRW sudah menghampiri 20% game dan cuma mengumpul 5 mata dari maksima 12. Jika diperhatikan dari rekod 2010 - 2012 juara liga mengumpul sekurang - kurang 77% daripada total mata maksimum. Musim 2013 mata maksimum 66. Untuk juara harus mengumpul lebih 51 mata. dengan berbaki 18 game. TRW harus menang sekurang - kurangnya 13 game dan bakinya seri tanpa kalah. saya cuba untuk realistik, mampu ke..? "

Macam mana jadinya ayat diatas selepas game ini.?

Sekian pemehatian saya sebagai seorang penyokong dan peminat TRW. Sesuatu haruslah dilakukan secara berani dan drastik. Semua pandangan diatas adalah dari kaca mata saya tanpa dipengaruhi oleh mana - mana pihak..

Sekian...










Wednesday, February 13, 2013

Pendidikan Percuma

tahukah anda sebab apa PAKATAN RAKYAT mampu untuk memberikan PENDIDIKAN PERCUMA...?

Pertama, apabila kerajaan BN tumbang, maka kerajaan yang mengambil alih sesudah itu tidak perlu lagi membela biawak - biawak, cukong - cukong dan taikun besar yang selama menarah duit rakyat dengan menjadi kroni kepada kerajaan BN, kerana selama ini untuk membela mereka disebabkan adanya syer - syer menteri - menteri dalam setiap syarikat cukong - cukong dan taikun yang mendapat insetif "sebut rasuah" atau duduk goyang kaki wang jatuh dari langit hasil airmata rakyat MALAYSIA dari kerajaan BN.

Maka bebanan yang perlu ditanggung semakin berkurangan oleh kerajaan yang baru, maka kewangan juga dapat dijana dengan lebih praktikal, tidak lagi hanya individu yang bermonopoli segala perniagaan, baik cukong - cukong melayu cina india.

Kedua, setiap badan kerajaan yang telah diswastakan "sebut sistem kapitalis" akan dikanunkan semula satu persatu dan berperingkat - peringkat kepada kerajaan, maka maintanancenya akan menjadi lebih rendah dan harga beli jika kerajaan yang membelinya jauh lebih murah dari rakyat yang membeli walau apa barang sekalipun kerana ianya dibeli secara PUKAL.

Ketiga, selama ini menteri - menteri dari BN telah menghilangkan, merompak dan mencuri wang rakyat hampir RM 1 trillion sejak 56 tahun yang lalu dan ini juga akan dicari sehingga ke lubang cacing, harta rakyat yang menjadi pemikul amanah kerajaan malaysia akan dipantau sendiri oleh rakyat Malaysia. Secara teknikalnya, hanya 10% sahaja harta kekayaan malaysia jika dikongsikan bersama untuk 28 juta warganegara, nescaya tiada lagi orang miskin akan dijumpai.

Keempat, kekayaan hasil negara seperti tembaga, balak, minyak, emas, bijih besi, sawit, getah akan dimaksimumkan untuk dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk pengurangan harga petrol, penurunan harga kereta, pendidikan percuma, dan rumah teres mampu milik dibawah RM50k kerana tanah mungkin akan diberikan secara percuma kepda setiap rakyat sebagai keperluan asas bagi setiap manusia dan pemaju adalah kerajaan sendiri. Kerana falsafah pakatan rakyat cukup mudah, biar cukong mati asalkan rakyat hidup, berbeza dengan falsafah BN, biar cukong kaya raya, rakyat pergi mati.

Kelima, perlu ditekankan bahawa, kerajaan baru wajib berjuang untuk rakyat dan bukan untuk diri sendiri kerana dari zaman berzaman untuk melihat akhlak rakyat disebuah negara, lihatkan akan pemimpinnya. Amanah perlu dipelajari sehingga ke peringkat PhD.