Kelate Flag

Wednesday, September 21, 2011

HARIMAU MALAYA


AKU PERNAH BERJANJI
HANYA MALAYSIA DIHATI
AKAN SEHIDUP SEMATI
SEHINGGA AKU TIDAK BERNYAWA LAGI

BEHIND OUR WARRIOR , THAT WHERE WE STAND...

HARIMAU MALAYA TERBAIK.....

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU....

Monday, September 19, 2011

my nature passions


menunggu sang mentari terbenam.... agaknye adakah hari esok dapat ku menikmatinya lagi..???
ALLAHUAKBAR.....

Wednesday, September 14, 2011

melaka.... trip with frenz


rindunya zaman nih. zaman rambut panjang, ku harap ku dapat simpan lagi rambut panjang ini sem, hihii~
saje je intro je tuh...
yang sebenar nak citer nih...
baru2 nih ada g melaka..
saja ja jalan2 tlg2 kawan amik barang kat sana...
haaha
punya la best2 jalan2 bandar melakatu..
huhu~
i liak....



haaa... ni lah gambar kt Masjid Tanah, Melaka...
hu~

nih bukti ku kt melaka..
hahha~

lpas tu kan g la jalan2 dekat bandar melaka...
lpas tu naik la menatang alah tu...
menara taming sari
hu~


siap bagi beg ag tu kot2 muntah
hahahah~
mula2  ku takut jgk, sbb ku gayat, tpi lpas tu ok lah
hu


ni lak view melaka di waktu malam, di dalam menara taming sari tu...
best tau...

tapi masa aku dk atas tu.
aku dapat rasa yang kita ni kerdil jek, di sisi Allah...
baru ketinggian tu, kita dh nmpk kecik jah.
tapi di sisi ALLAH...
kita xtau pun kita besar mana kan...

hU~
dah tido2
esok kelas..
errr..
lupa lak, ku dk kt tg malim dh nih
sambung study..
hu~
chow...

Nik Uyeh 15/09/2011
12:53 am





Thursday, September 8, 2011

dari mata lensaku...


mata lensaku...
dari kaca mata aku melihat
pelbagai ragam manusia..
kau, aku, kita semua sama sahaja...
sama mencari tanpa tahu apa sebenarnya yang dicari..
mencari dan terus mencari
mencari yang sebenarnya sudah lebih dari yang ditemui.

KANVAS DIGITALKU
mempunyai maksud yang tersendiri...
tanpa mempedulikan apa yang diperkatakan oleh orang lain.
aku tetap disini, bersama - sama kameraku.
mencari dan merakam aksi sang pulapur lara dunia.
dari kaca mata aku melihat
pelbagai watak yang dilakukan.
oleh manusia yang berperanan
di pentas dunia sandiwara
setiap insan didunia, meniti kisahnya dengan perasaan, dalam arena kehidupan.

setiap aksi dirakam, diabadikan didalam sekeping kanvas digital, tanpa ada sang pengarah, sang skrip palsu yang ada hanyalah kejujuran tidak kepada orang lain, tetapi kejujuran kepada diri sendiri.
aku suka mengambil gambar...
itulah diriku...

cetusan rasa mat biasa....
5.50pm, 08-09-2011

Wednesday, September 7, 2011

diriku... HISTORY


diriku...
ok nak dengar cerita tak..??
sal diri ini..??
huhu
xnak dengar pun xper..
xkisah pun
ni blog sy
ikut suke sy lah
eh siaalll lahh..
hahahhaha

ok, nama diberi Nik Mohd Fareez Bin Mohd Fauzi..
ayahku Haji Mohd Fauzi Bin Husin.
ibuku Tuan Mah Binti Tuan Sulaiman...

ku dilahirkan di kampong gertak kankong di kuala krai kelantan...
pada 30 Jun 1988, masa dan hari ku dilahirkan ku lupa plak, dah tanya pada mak dan ayah ku,tapi ku yg lupa..
mula mengenal erti persekolahan pada tahun 1994 iaitu di tadika kampung tengah, selepas itu meneruskan perjuangan alam persekolahan di SKKT ( Sekolah Kebanggsaan Kampung Tengah) pada tahun 1994-2000..
tamat darjah 6 disekolah itu, ku meneruskan perjuangan di SMK Mengkebang, sehingga tingkatan 3, lulus PMR ku pun berpindah sekolah ke Sekolah Menegah Teknik Kuala Krai, di dalam bidang elektrik...
namun disekolah itu, ku rasakan zaman gelap dalam hidupku bermula...
apabila diri ini mengenali pelbagai rakan,  disamping mengenali rakan baru, ku juga mengenali, rokok, pil kuda, ubat batuk, ubat, dan macam - macam lagilah..
kadar ku kesekolah pun semakin hari semakin menurun, tipu ibubapa apatah lagi, ku di pandangan ibu bapa, ku pergi sekolah, sebenarnya tidak. dari hari ku semakin teruk, dari menjadi penagih pil kuda ku menjadi pengedar, semasa menjadi pengedar, ku tidak pernah sesekali kene tangkap, untung memang untunglah, dalam masa seminggu ku dapat kumpul rm 1k lebih, tapi yang ku hairan, kemana menghilang duit itu, sekarang baru ku faham, duit haram.. memang tak rasalah.... kegiatan ku berterusan sehingga ku tingkatan 5, sebelum spm, ku ditangkap oleh ayahku sendiri, atas kesalahan mengedar pil kuda, memang teruk diriku kene pukul sehingga separuh mati, tapi yang paling menyayat hatiku, keluargaku tidak mengaku ku sebagai anak mereka, terasa amat pedih sekali ketika itu, ku sudah benar2 insaf, tapi sudah terlambat...
ku menduduki SPM pada tahun 2005, namun spm buleh buang kelaut....
hancur keputusannya, tak hancur macammana, aku pegi sekolah bukannua belajar, aku main, lawan guru, mencuri di kantin, di koperasi, ponteng kelas, ponteng sekolah.....
namun keputusan ku cukup bernasib baik kerana ku dapat meneruskan perjuangan di STPM di Sekolah Menengah Kebanggsaan Kuala Krai dalam jurusan seni (tu pun cukup cukup makan)....
masa di STPM lah ku benar2 belajar, ku rasakanlah...
yang sedihnya, semua perbelanjaan masa di STPM semua di tanggung olehku sendiri, hal ini kerana, ayahku sudah tidak percayakan ku lagi...
Alhamdulillah, ku berjaya mengharungi STPM dan berjaya mendapat keputusan yang boleh dikatakan cemerlang...
dan berjaya memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris, 
untuk menjadi seorang guru...
di awal2 aku masuk U untuk menjadi guru, semua rakan, guru org kampung ku tidak percaya yang aku nih nak jadi cikgu, tapi itulah hakikatnya.. ku nk jadi cikgu, (walaupun cita - cita sebelum ni tak terpikir pun nak jadi cikgu)
masa aku dapat tawaran U ni lah baru pertama kali ayahku bercakap dengan ku, ku rasakan tiada org yang lagi gembira selain ayah dan ibuku, aku juga gembira kerana, dapat membuktikan kepada keluargaku yg aku buleh berjaya sama seperti sanak saudaraku yg lain,....
dan yang paling mengembirakan ku, ialah aku dapat berbaik semula dengan ayahku setelah lame kami tidak bertegur sapa. dari tahun 2005 lagi koott..... (lame tu)
sehingga artikel ini ditulis, diriku sudah menamatkan praktikum di SMK Kubang Kerian...
masih ada baki 1 semester utk ku menghabiskan pengajian di peringkat sarjana dan akan menjadi guru yg sebenar...
dan kurasakan cukup sudahlah ku mengcoretkan sedikit tentang diriku...
nanti ada masa ku sambung pulak..
ku nak ber"facebook" pulak..
hahahah...
chow...

dunia kecil sang serangga...

antara koleksi gambar macro ku...
banyak sebenarnya..
malas nak up..
hhhhehehehehe...








layang...

Tuesday, September 6, 2011

nature ( keindahan alam ) ciptaan TUHAN

aku terpegun melihat kebesaran-MU,..
aku sedar aku begitu kerdil di samping-MU...
aku hanya mampu merakam keindahan-MU...
diabadikan didalam sekeping kanvas digital...
















menanti saat tiba

aku masih disini
lena dibuai seribu bayangan intan
tanpa sedar aku makin meninggi
makin jauh aku hilang
hilang dari pandangan
mata hakiki yang ku melafazkan
salju sebening kasihku...

sebenarnya aku rindukan anak2 muridku. masa awal2 masuk praktikum asyik duk pikir bila la nak habis praktikum nih, tapi bila dah habis, aku merindukan mereka...
walaupun perangai sekor sekor macam sial, tapi aku tak pasti mengapa aku merindukan mereka.





entah bila lagi aku dapat bertemu dengan mereka....

Sunday, September 4, 2011

Aku menulis lagi

aduh, penat rasanya tubuh ini... yew lah, tak lama lagi akan ke perak pulak, cuma ada sedikit masa aku untuk menghabiskan sisa - sisa masa dikampung bersama keluarga....
ok nak carita pasal diri aku sekarang nih...
aku rasa diriku sekarang ni dah kurang sangat bersosial...
kerana aku merasakan diriku sekarang nih banyak manghabiskan masa didepan skrin laptopku...
jarang sangat keluar rumah macam dulu - dulu...
kalau dulu aku jarang sangat lekat kat rumah...
asyik keluar jer...
lepak dengan kawan - kawan, kerje, dan macam2 lagilah...
tapi sekarang nih lepak ku cuma katil, laptop, bilik aku...
mak dan ayah aku pun pelik...
aku pun tak tau samaada ini perkara baik atau pun tidak....
dan aku jugak keluar rumah, keluar ke kedai beli rokok, keluar rumah amik gambar..
tu je...
hahahha~
sioottt jer rasa...
dan aku rasakan jugak aku ni dah macam tak berkawan dengan orang.... walhal aku mempunyai ramai kawan..
tapi aku berkawan dalam di alam maya, cth mcm facebook, skype, YM, youtube...
isk3,
sumpah sampai sekarang nih aku masil pelik, sama ada aku nih normal ataupun tidak....

Friday, September 2, 2011

Bila Aku Bosan


hahahha...
bila ku busan, inilah jadi nya
main2 entah hape2 dengan kamera ku...
huhu

ni lah hasil dia~
kah kah kah~
bosan giler....