Kelate Flag

Friday, April 23, 2010

AVENGED SEVENFOLD


mari kita mnegenali band yang paling merbahaya sekarang ini, dikenali sebagai AVENGED SEVENFOLD @ A7X, mula tertubuh pada tahun 1999. Ada yang menyatakan mereka ini merupakan pengganti kepada Gun N Roses, stail muzik yang agrasif serta banyak menampilkan eksperimentasi didalam kesemua lagu mereka, A7X dikatakan amat berjaya buat masa sekarang. Tapi pada setiap kejayaan akan timbu juga kekelahan atau kesedihan. Kesedihan yang dimaksud kan ialah kematian pemain drum mereka iaitu The Rev @ james Owen Sullvians. The rev ditemui mati didalam aparmentnya, punca kematian tidak diketahui, The Rev meninggal pada usia 28 tahun.

"It is with great sadness and heavy hearts that we tell you of the passing today of Jimmy "The Rev" Sullivan. Jimmy was not only one of the world's best drummers, but more importantly he was our best friend and brother. Our thoughts and prayers go out to Jimmy's family and we hope that you will respect their privacy during this difficult time.

Jimmy you are forever in our hearts. We love you."

—M Shadows, Synyster Gates, Zacky Vengeance and Johnny Christ"
memetik kata - kata ahli band yang lain terhadap kematian The Rev.

Music style yang dibawa oleh band ini ialah rock serta sedikit orkestra, terutamanya didalam lagu "a little pieces of heaven'' "after life" "M.I.A"..

Line Up A7X : -

Matthew Charles Sanders
atau nama manjanya M.Shadows, merupakan vocalist utama, dilahirkan pada 31 july 1981, mempunyai suara yang unik serta screamer yang tinggi. selain menjadi vocalist, M shadow juga bermain instrument Piano.














Zachary James Baker

atau nama pentasnya Zacky Vengeance, dilahirkan pada 11 disember 1981. Menjadi Rhythm Guitar dan Backup vocal, Zacky juga merupakan second best Rhythm Guitarist of all time Oleh Kerrang! Award.

Gear yang digunakan oleh Zacky ialah :-

Guitars

  • The Vengeance custom S-1
  • The Vengeance Standard model
  • The Vengeance Standard model
  • The ZV special designed by Zacky Vengeance
  • The ZV Blade
  • The ZV special with FR
  • The ZV mirror
  • The ZV "Gynecologist" with blood splatters. This version is different to the others as this comes with Seymour Duncan Invaders instead of his usual Seymour Duncan SH-4 "JB" set
  • Zacky has many custom shop S-1 models made exclusively for him.
  • All models are loaded with Seymour Duncan JB Pickups
Amps
  • Bogner amp
  • Bogner cab

Effects units and accessories

  • Boss TU-2 Chromatic Tuner
  • Boss NS-2 Noise Suppressor
  • Line 6 PODxt Pro
  • Voodoo Lab GCX Audio Switcher
  • Radial JDX
  • Ernie Ball "Skinny Top, Heavy Bottom 10-52" strings
  • Dunlop Tortex Yellow plectrums 0.73mm (Avenged Sevenfold logo)
  • White Get'm Get'm Sergeant Stripes Strap

Brian Elwin Haner Jr
nama pentas bagi beliau ialah Synyster Gates. meupakan Lead Guitar, synyster juga dinobat sebagai Pemain gitar paling laju sepanjang zaman.

Gear yang digunakan oleh Synyster Gates

Guitar
- custom made by himself, Signiture series. (schecter Synyster customs)
bunyi yang amat nyaring dan tinggi berbanding dengan guitar biasa.

Amplifiers & Effects Units

Jonathan Lewis Seward

nama stage nya pula ialah Johnny Christ, dilahirkan pada 18 november 1984. Posisinya pula ialah pemain Bass. merupakan ahli yang paling muda, menyertai A7x pada tahun 2002.

Gear yang digunakan oleh johnny ialah

  • Ernie Ball Musicman Stingray Custom Black W/ Steel Pickguard
  • Ernie Ball Musicman Stingray W/ Custom "Mr.Death" Graphic
  • Ernie Ball Musicman Stingray Custom Grey Burst W/ Matching Head Stock
  • Ernie Ball Musicman Sterling (2H) Bass
  • Ernie Ball Musicman 30th Anniversary Stingray
  • Seymour Duncan Pickups
  • Gallien Krueger 412 Neo cab
  • Gallien Krueger 410RBH Cabs x2
  • Gallien Krueger 2001 RB Head x2
  • Ernie Ball 2831 Power Slinky Bass Strings
James Owen Sullivan

atau nama manja nya The Rev, dilahirkan pada 9 febuari 1981 dan meninggal pada 28 disember 2009. pada usia 28 tahu. Merupakan pemain drum dan backup vocal. gear yang digunakan amat luar biasa berbanding dengan pemain drum yang lain.

menggunakan double pedal dan double bass.....




sekarang ini, A7x ,manggunakan khidmat Mike Portnoy sebagai pengganti kepada The rev.....

A7X mempunyai 4 buah album,
1. Sounding the Seventh Trumpet (2001)
2. Waking the Fallen (2003)
3. City Of Evil (2005)
4. Avenged Sevenfold (2007)





P/s
_ serba sedikit mengenai band A7X ini, daripada info yang saya tahu......



Thursday, April 22, 2010

Pemain Drum Terhebat (bagi aku lah)

ni adalah diantara pemain - pemain drum yang hebat bagi aku....
skil dieorang....
fuhh...
memamg mantap seh...
terbaik dari ladang.....

ni antara pemain - pemain drum tersebut


beliau ni merupakan pemain drum untuk band
SYSTEM OF A DOWN
John Dolmayan nama diberi



ini pula pemain drum bagi band
DREAM THEATER
Mike Portnoy



ni plak band metal no 1 dunia
SLIPKNOT
Joey jordisons
(juga pemain guitar untuk band Murder Dolls)


ni pemain drum
METALLICA
Lars Ulrich


ni pemain drum kesukaan aku
dari band
AVENGED SEVENFOLD
James Owen Sullivian
atau nama manje nye
" The Rev"
tapi beliau dah mati pada 28-12-2009
pada usia 28 tahun
(rest in peace bro)


ni plak pemain drum negara kita
bagi band
DEJA VOODOO SPELLS
Ainol(nama full aku xtahu)
dulunya pemain drum untuk Kristal


hahahhaaaa
yang ni takkan tak tahu kot
band otai ni
SEARCH
yazid

ramai lagi pemain drum hebat yang ada kat negara kita ni
antaranya

1. Black(wings)
2. Baie(sessionist)
3. pemain drum Def-Geb-C
(lupa plak nama dia)
4. pemain drum kumpulan Uk's
(yang ni aku tak tahu nama)
5. Man Dayak(lefthanded)

sekian saja dari aku
lau ada info lain
nanti aku masukkan kat sini
ok.....






GADISKU DALAM KOMA

Gadisku dalam koma
Sesiuskah keadaannya
Gadisku dalam koma
Seriuskah situasinya

Dengarkanlah
Lagu ini bila sedar
Betapa pilu tangisku
Bu berikrar takkan ingkar
Moga sembuh segera

Maafkan lah
Diri ini jika pernah
Salah dan silap dengan mu
Ku berdoa keatasnya
Moga kau pulih semula

KISAH BUDU

Kisah yang amat mencuitkan hatiku..
mendengar cerita dari kakak ku
perihal budu di kaca mata seseorang....
hahahah......
ingin aku gelak....

kisah bermula....
al - kisah bermula di suatu ketika,
di suatu tempat di zaman dulu kala......
di suatu tempat yang di rahsiakan
bermula al kisah ini,
bermula nya dengan timbulnya satu persoalan...
"macammana nak makan budu nie...??"
lantas satu suara aneh menjawab
" budu ni makan dengan roti"
tergerak hati insan ini
pergi membeli roti
lantas roti sudah dibeli
menunggu masa untuk menjamah sahaja.
tiba2 satu suara bertanya
"buat apa dengan roti nie"
sambil muka blur menjawab
'nak makan dengan budu nie lah"
sambil ketawa tidak ingat dunia
menjawab
"budu ni makan dengan nasik la wey"
sambil muka menahan malu
turut sama gelak dan mengelakkan

hahahahahaa........
mungkin jugak beliau terkena
mungkin jugak merasakan diri diperbodohkan
hahaha
hanya beliau jer yang tahu........


Tuesday, April 20, 2010

maaflah kasih 2

maaflah kasih
aku banyak membuat silap
aku banyak membuat perkara yang kau xsuka
tapi aku terpaksa
demi melihat kau bahagia

maaflah kasih
aku mungkin tidak lama
untuk melihat alam ini
tidak lama untuk
menemani hari2 mu
tidak lama juga untuk aku
untuk aku

hmmm.....
saat indah sebegini
alangkah bagus jika aku ada
1000 tahun lagi untuk aku hidup..
bersama mu kasih...
bersama mencapai mimpi

hmmm....
saat2 sebegini
amat2 bahagia sekali
walaupun dilanda badai masalah



Sunday, April 18, 2010

DIAMAGINASIMU

mula bertemu dialam mimpi
aku sangka kau bidadari
tapi sehari aku mencari
dan ternyata kaulah puteri

gurun bersahut hati yang satu
bagaimana harus ku terus
kali pertama hati tak tentu
bila masa kau disitu

kau buat ku rasa
pintu hidupku
bersama mu

kau buat ku terjatuh
jatuh jauh lagi
jauh dan terus menghilang

kau pergi bersama mmpi
jauh tak kembali
kau pergi
dan terus menghilang
kau menghilang

bila bersatu kau memang tahu
indah masa kau disitu
kau buat
awan berarak takkan kemana
dan ku tahu

kau buat ku terjatuh
jatuh jauh lagi
jauh dan terus menghilang

kau pergi bersama mmpi
jauh tak kembali
kau pergi
dan terus menghilang
kau menghilang

ku lari mencari dirimu puteri
dialam fantasi hidup yang indah
ku tahu kau hanya boneka mimpiku
ilusi mainan dalam tidur

Wednesday, April 14, 2010

RATUKU

ratuku
unginku luahkan apa yang sudah lama ingin aku luahkan
tentang kebimbangan ku ini
taktala melihat bunga - bunga berguguran
di petik tangan - tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah

ratuku
kebimbangan ku ini masih menebal
apabila kudengar dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madu mu
walau tanpa rela mu

ratuku
kebimbangan ku bertambah lagi
bila melihat bunga yang tak segan silu
melempiaskan kecantikkannya ketika sedang mekar
melaupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

ratuku
aku masih terpinga - pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yang ku lihat hari ini semakin banyak
bunga - bungan gugur bagaikan tibanya musim luruh

ratuku
bukanlah ku harap kau segigih siti hajar
yang berlari - lari antara safa dan marwah
bukan juga sesetia ainul mardhiah
menanti kekasih di pintu syurga

ratuku
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah siti khadijah mahupun siti fatimah
engkau bukan aisyah bukan juga rabi'atul adawiyyah
wanita suci terpuji
kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga - bunga itu
kembang mekar mewangi sehingga harumannya
melewati pintu - pintu syurga
jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bungan tidak dapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu

ratuku
esok musim bunga pasti akan tiba
dan engkau akan mampu berkembang lagi
cuma yang ku harapkan ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai tangan - tangan kasar memetikmu lagi
jangan goda kumbang - kumbang ganas mengisap madumu
jangan biarkan gagak - gagak hitam itu merosakkan seri mu itu
kerana kau ratu idaman kalbu

ratuku
aku memandang bukan kecantikkan mu
walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang ku harapkan
aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan yang bisa
membuatku tersenyum lega
kerana akan aku temui ratu
yang benar - benar ratu...

P/S
=
hayatilah wahai pembaca.....
apa yang aku nukilkan......

dari
putera fareez......





Friday, April 9, 2010

setiap

(dengar lagu jason lo - operator the line is dead)
hari ini hati berasa sayu seketika.
entah kenapa...
mood silent, diam seribu bahasa..
inign mencari ketenangan dalam jiwa.

mendengar bait2 lagu jason lo
"everybody bought but i pay"
"u r not the one who left me here"
"oh no, that was me and all the things i wanted"



aku dok layan lagu ni ja...
dari semalam sampai pagi ini....
setiap apa yang kita lakukan ni
kita memerlukan keizinan ke..
atau sekadar suka - suka kita nak buat..??
perlu kekita meminta keizinan..???
dari orang yangkita sayang..??
dari orang yang kita kasih.??
atau sekadar mereka hanya untuk...
............

hati ku sayu...
sayu sungguh - sungguh...
entah la kenapa....
ingin mencari ketenangan
tapi apa yang dapat membuat aku tenang...???



setiap amarah itu..
pasti akan sejuk jua...
tapi dapatkah
ianya dilupakan
adakah ianya akan disimpan dalam hati...
nanti aku takut menjadi racun dalam diri

(malasnya nak menaip ni)
tapi ku nak luahkan apa yang aku rasa




bila agaknya



bila agaknya aku dapat memiliki beliau
sudah lama aku mengidamkan tubuhmu yg lawa
bunyi yang merdu
apakah aku bisa untuk memiliki mu
setelah aku tamat segala
pengajian ini
sudah tidak dapat ku tahan lagi
perasaan untuk memiliki mu
sudah lama untuk aku mengidamkan mu
hanya datang dalam mimpi
namu realitinya...
hahaha...





dan dirimu pula....
aku juga mendamba dirimu
inginku memiliki mu
menemani hariku
untuk ku
mengambil segala kenanganku
saat aku gembira, sedih, suka dan duka...
untuk ku menjadi seorang yang...
erm....
hanya tinggal angan - angan la...

tapi tak apa akan ku usaha kan
untuk mendapatkan kalian....
amin....

nikon d40 and gibson les paul....





Thursday, April 8, 2010

perbezaan.....



beginilah ibaratnya, aku dan si dia
begitu jauh sekali perbezaannya
namun pernah juga aku terfikir..
pedulikan segala kata - kata orang,
namun kini aku sudah tidak terdaya lagi

mengapa mesti ada mata jahat yang memerhati.
tidak bolehkan insan ini,
bahagia, gelak ketawa.
semakin hari semakin ramai yang memerhati,
dan juga aku tak dapat lagi..
untuk bertahan,

namun segalnya aka ku berserah kepada
yang maha kuasa..



tanpa mereka......



tanpa mereka..
wujudkah aku....
dapatkah aku merasai bernafas seperti sekarang ini...
dapatkah aku melihat alam ciptaan tuhan ini...
dapatkah aku untuk merasai segala nikmat dunia...
dapatkah aku menjadi aku seperti aku...

,

betul ke...????

APABILA KITA MUDAH MENERIMA, MUDAH JUGA KITA AKAN KEHILANGANNYA

hmmm...
betul ke statement di atas ni,..???
tapi mengikut pemehatian aku ada 2 ja..
pertama betul, kedua salah...
(ahahahah....2 tu ja ada)

erm...
mengapa betul dan mengapa salah...??
ni mengikut pengalaman aku lah, dalam percintaan misalnya, apabila kita mudah untuk menerima seseorang, begitu mudah juga kita akan meninggalkannya, dalam dunia percintaan ni, kita perlu ada tolak ansur, perlu mengalah, begitulah.
tapi memang betul apa yang dikatakan bila kita cepat menerima atau mudah untuk menerima, kita akan cepat kehilangannya....

(selingan la ni " namamu ku ukir di pohon di tepi taman, sebagai hiasan lambang cinta terlarang, semoga kau terlihat tika melintasi taman....hahahha, lagu slash - taman astakona)

begitulah yang ku rasa, menurut pemerhatian aku la,

tapi bila kita lambat atau susah untuk menerima, kita akan lambat atau susah untuk kita kehilangannya, sebab kita akan belajar untuk menghargai dan di hargai, sebab kita dah bersusah payah, membuat pelabagai cara, jalan, dan sebagainya untuk kita mendapatkan cinta itu, kita akan merasakan akan wujudnya aura atau gelombang cinta itu...

mengapa hanya soal cinta ni aku tulis ni...????
ahahahahaha
entah lah tangan aku gatal nak tulis soal cinta ni...








kenangan zaman sekolah(form 6)



suasana dalam kelas...



ni plak time sukan tahunan sekolah, jadi urusetia



yang ni, tentulah masa jamuan akhir tahun....



ni hero2 kelas 6ASV2
nik fareez, habil, basik, judin, jali, sa'ayudin, pejo kembar, amar,
(upsi) (umk) (upsi) (utm) (work) (work) (polis ni) (work)


ni lah budak2 kelas aku, hahaahha

P/S = kenangan zaman sekolah merupakan kenangan yang paling manis, dimana kita akan selalu bersama, walaupun didalam tempat sekecil bilik darjah, kita akan bersama - sama, kita akan ke kantin bersama, ke padang bersama, perpustakaan,
Bersama kenakan guru, ahahah,kenakan rakan - rakan seperjuangan lain. Tapi itu adalah hakikatnya, kenangan ini tetapakan bersama walaupun kita masing - masing sudah membawa haluan masing - masing.

mungkin satu hari nanti, kita akan menangis bila kita mengenangkan kembali, zaman bergelar pelajar ini, pelajar sekolah,...

kini semuanya telah terpisah, walaupun ada di antara kita yang akan kembali memasuki sekolah, namu suasananya akan berbeza,

RINDUNYA ZAMAN SEKOLAH.....


jangan menangis lagi...

ehem....!!!!
entah kenapa aku suka dengar lagu ni,
hakikatnya aku tak minat pun dengar lagu indon..
tapi bila aku dengar lagu ni, aku rasa lain la..
entah kenapa....

aku jatuh cinta lagi
untuk yang kesekian kali
dan kurasa tapi kali ini
ku temukan cinta sejati
yang tinggal dalam palung hati

mahligai cinta yang sejati
kurasa aku cinta mati
wanitanya seorang pelacur
ku temukan di sudut malam
ku lihat dia sedang menangis
sedang menangis, sedang menangis

reff:
sudahlah jangan menangis lagi
dengarlah kekasih aku di sini
sudahlah lupakan masa lalumu
peluklah tubuhku ku bersamamu

sudahlah

beginilah lirik - lirik yang teerkandung didalam lagu tersebut,

Wednesday, April 7, 2010

risau

kerisauan melanda diri ini, erm bila tau insan tersayang masuk wad,
kerisauan melanda diri ni, walaupun kami banyak krisis sekarang ni, aku masih sayang padanya, masih mencintai dirinya, dia segala galanya buat aku, dah la disyaki demam malaria, erm...

sabar sudah cukup sabar, menanti ni penuh dengan penyiksaan, harap - harap tidak adalah keadaan yang negetif menimpa dirinya tu,

lambatnya nak abis minggu ni, minggu ni dah minggu ke 14 dah belajar, maknanya untuk sem 4 ni, dah nak sampai ke penghujugnyalah.,.,.
cepatnya masa berlalu, rasa baru jer pijak kaki kat tanjong malim ni, tapi sedar arau tak, dah 2 tahun aku kat sini, macam2 dah berlaku dalam masa 2 tahun ni,
banyak perkara yang telah mematangkan aku, mengajar aku tetang erti hidup, mengajar aku tentang perjalanan hidup ini. perjalanan yang masih jauhm yang masih banyak aku belau lalui lagi, erm..
ntahlah kadang2 tubuh ni rasa tak mampu nak menanggung semua ni lagi. erm.....
tapi hidup kena diteruskan jua, aku tetap aku(ayat lama tu) hahahaaaa.....

peace, untuk aku, peace untuk fieqa, peace untuk kakak tersayang,

Tuesday, April 6, 2010

argghhhh.... PENAT

setelah bertungkus lumus selama satu malam satu ari, siap jgk rancangan mengajar harian aku ni...
hahahahaha....
untuk di hantar kepad che burn....
manyak penot wooo....
buat ini RPH...
patut la cikgu2 pon dulu selalu pening2...
ahahhaha.........
wat benda ni sambil2 layan lagu deja voodoo spells - evol....
bait2 lagu tu berbunyi mcm ni :

The cold November wind
Whispers a tune tonight
Reminds me that I am all alone
Sitting in my bedroom
I am trying to imagine you by my side
As I close my eyes and drift away
Into my world
Where everything stays the same
Cause I don't want to live for the future
The past is my only solitude

ahahhahahaaa... ni jer part aku minat...

moral of the kisah..
:- jgn la wat keje last minit(tapi selalu mcm tu)
hahhaha

Monday, April 5, 2010

HILANG

Hadirlah keindahan
Abadi kau lenyapkan
Kenangan telah ku alami

Cinta yang didusta
Bila ku dosa khayalan
kau memperdayakan ku
Namun apalah dayaku tempuh
Biar kau hanyut
Hanyut dalam warna-warna dunia

Peritnya ku rasakan
Biar Jiwa meronta
Ku gagahkan teguh berdiri

Segala nikmatnya
Syurga kononnya
Telah layang
Kau memperdayaku

Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa

Tiada apa ku harap hanya
Dapat ku temukan
Keindahan yang abadi selamanya

Saturday, April 3, 2010

dimanakah akan ku cari ganti

Dimanakah akan ku cari ganti
Hilang sudah takkan kembali
Walaupun kini tiada lagi
Senyuman manis mu menawan hati

Apa diharap orang tak sudi
Apa dikenang yang sudah pergi
Apa diharap orang tak sudi
Apa dikenang yang sudah pergi
Pada yang hilang tak akan kembali
cari yang lain sebagai ganti

setinggi gunung akan ku daki
dalamnya lautan akan ku renangi
setinggi gunung akan ku daki
dalamnya lautan akan ku renangi
kalau dah dapat kehendak hati
seribu tahun sanggup ku menanti

kalau dah dapat gading bertuah
tanduklah tidak berguna lagi
kalau dah dapat gading bertuah
tanduklah tidak berguna lagi
teman ketawa memangnya mudah
teman menangis sukar nak di cari

Thursday, April 1, 2010

maaflah kasih

Maaflah kasih ku pergi darimu
Usahlah bersedih mengenang diriku
Tak guna menangis tak guna merayu
Hatiku luka kau tak setia padaku

Kini jiwa ku amat tersiksa
pujaan hatiku tidak setia
harapan ku hampa jiwaku terluka
bahagia ku pinta derita yang tiba

tidak ku sangka tidak ku menduga
tergamaknya engkau mengubah cinta
janji manismu aku terpedaya
ku sangka madu tapi racun berbisa

tidak mungkin lagi kitakan berjumpa
racun kau beri sungguhlah berbisa
manghiris hati menikam jiwa
hanya lah mati berlagu rasa

segala impian ku hampa belaka
bagaikan malam yang gelap gelita
tiada bintang memberi cahaya
bahkan hujan di awal senja