Kelate Flag

Monday, February 28, 2011

Macro Time...



mari mari mari...
hamba nak cerita sikit
gambar nih hamba amik kat depan rumah saudara Harif, (my bos)
ni dinamakan macro photographer
hamba masih baru didalam bidang macro nih,
masih keanak - anakan,..
tapi hamba masih mencuba dan terus mencuba..
hehehe

Thursday, February 24, 2011

dikala malam~

mood : seperti biasa, layan lagu all time low - therapy.......

entry ni hamba tulis sebagai penghilang mengantuk hamba, ( kol 8 jap agi kelas) sudah semalaman hamba tidak tidur,,, sebabbya, jikalau hamba tidur, hamba pasti akan ketinggalan untuk ke kelas sebentar sahaja lagi, kelas yang hamba amat minati bagi sem ini, kelas Pengurusan Seni oleh Dr Nasir, apa yang hamba minati mengenai kelas ini ialah, cara pembelajaran yang dijalankan oleh Dr Nasir, banyak hal yang telah didedahkan oleh beliau untuk kami, sebagai MAHASISWA UPSI, mengapa hamba mengatakan hamba akan ketinggalan kelas..??? sebabnya, hamba ini ialah penidur yang amat amat tegar, hahhahahahaa~...

hamba sebenarnya tiada idea untuk menulis pada kali ini, amat amat kosong kepala hamba bagi menulis, tapi hamba menulis juga, hal ini kerana, hamba amat sayangkan blog hamba ini, sudah banyak benda yang hamba telah curahkan didalam ini, jikalau hamba biarkan kosong, maknanya sia - sia sahaja hamba digelar sebagai Blogger...

oklah kita masuk ke benda hakiki yang hamba ingin sampaikan didalam ini, hamba ingin bercerita mengenai "senjata" hamba... senjata.. apa tu..... ahahhaha, jikalau kalian semua mahu tahu senjata yang hamba maksudkan ialah, kemera hamba iaitu, Nikon D3000... alah ko pakai D3000 jer, budak2 je la wey yang pakai brand tu.... hahahhaha itulah selalu yang hamba dapat bila hamba mengeluarkan kamera hamba, tapi biarlah apa orang nak kata, mulut orang, mana boleh kita nak tutup...... hamba amat berbangga dengan kamera hamba itu, kerana, sudah banyak kenangan hamba bersama kamera hamba itu.... dari hamba seorang zero bab fotografi nih, hamba mulai mendapat sedikit ilmu,....
pada post sebelom ini pom hamba ada menyentuh mengenai kamera hamba ini.... sudah banyak ia berjasa kepada hamba, yang paling baru ialah pada PRK baru2 ini, amat banyak sekali gambar yang telah hamba ambil, pada gambar diatas sudah cukup lengkap yang telah hamba cantumkan, sekali dengan spedlite, dan bateri grip....kit lens (18-55).......

pasca PRK UPSI 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, tahniah diucapkan buat Pro-Mahasiswa UPSI kerana telah mencipta satu gelombang baru dalam PRK UPSI yang sebelum ini kurang warna-warni dan agak lesu. Majoriti kemenangan dari segi calon yang bertanding jelas menunjukkan mahasiswa memilih calon yang membawa slogan mahasiswa.

Sejak dari hari penamaan calon, Pro-M telah diasak dengan pelbagai cara untuk memastikan Pro-A terus menguasai MPP UPSI. Kecekalan dan kekentalan calon Pro-M yang jelas bertanding bukan atas desakan pihak ketiga tetapi atas niat mempejuangkan hak mahasiswa membuka mata semua pihak bahawa calon yang ikhlas berjuang akan secara mudah mendapat sokongan mahasiswa.

Rapat umum yang dijalankan jelas menunjukkan aura mahasiswa sudah melanda UPSI yang selama ini rata-rata rakyatnya tidak ambil kisah atau mengundi sekadar cukup syarat untuk  tunaikan tanggungjawab. Kebanyakan mahasiswa sudah pandai menilai politik kampus cara matang dan bukannya politik mengikut tanpa arah tujuan.

Ugutan dan fitnah turut mewarnai PRK UPSI kali ini. SMS menakut-nakutkan mahasiswa bahawa andai menyokong Pro-M tidak akan posting nyata taktik lama yang sudah basi. Menakut-nakutkan mahasiswa bukanlah satu perkara yang bijak kerana jelas, mahasiswa sudah matang berfikir.

Hari pengundian juga tidak kurang hebatnya. KZ dan KAB yang dikatakan kubu kuat mahasiswa menyaksikan satu tragedi di mana berlakunya konspirasi untuk menghalang mahasiswa mengundi akibat terputusnya sambungan kabel talian telefon. Jelas di sini pihak Suruhanjaya Pilihanraya sendiri tidak cukup kemas sehinggakan perkara ini boleh berlaku. Kita sedar, ada agenda di sebaliknya. Cuma diharapkan mahasiswa bijak menilai apa yang telah berlaku.

Pengumuman keputusan PRK UPSI di SITC oleh YBHG. Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob menyaksikan laungan Mahasiswa bergema di dewan bersejarah bumi kelahiran pejuang kemerdekaan ini. Ada yang terus meninggalkan dewan. Ada yang menangis gembira. Menangis kecewa. Pelbagai bentuk emosi memenuhi dewan SITC pada waktu itu.

Tidak perlulah diulas siapa yang menang paling banyak baik calon umum mahupun fakulti, namun apa yang perlu difikirkan di sini ialah betapa gentarnya pihak di atas melihat perkembangan pilihan raya kampus kali ini sehinggakan berusaha sehabis mungkin untuk mengelakkan calon-calon Pro-M menguasai Majlis Tertinggi MPP UPSI. Cubaan mewujudkan pakatan dan usaha melobi sokongan dalam proses membina kabinet terus berlaku sebaik keputusan penuh diterima. Yang jelas kelihatan ialah dari kumpulan Senyum.

Calon LMP sendiri dilobi secara hebat oleh kumpulan  Senyum. Pertama sekali, percaturan kumpulan senyum memang hebat. Taktik Shaiha yang memimpin kumpulan ini sungguh licik dan berjaya mendapat sokongan seluruh calon Pro-A. Tahniah atas kejayaan ini. Impian untuk melihat bukan golongan Pro-M yang menerajui MPP UPSI berjaya. Tahniah!

Sebaik barisan baru kabinet dibentuk, ramai yang bertanya dan terkejut atas pemilihan seorang wakil LMP sebagai bendahari MPP. Ramai yang ingin tahu apakah agenda di sebalik terpilihnya Fauzie sebagai bendahari? Adakah wujud strategi untuk memecah belahkan LMP dan MP yang sebelum ini berganding bahu atas  satu semangat setia kawan di bawah panji Mahasiswa? Tidak dinafikan wujud desas-desus yang mempertikaikan tahap kesetiaan calon-calon LMP. Satu lagi permainan politik dijelmakan. Kita sedar bahawa MP telah cukup cantik perjalanannya, strukturnya serta pengalamannya dalam PRK UPSI. Kita juga sedar bahawa LMP yang baru sahaja lahir di UPSI telah berjaya mendapat tempat di hati mahasiswa. Tidak mustahil, LMP yang baru sahaja lahir ini akan cuba dibunuh. Teori konspirasi ini ada asasnya. Kumpulan yang jelas menyokong agenda Pro-Mahasiswa akan terus ditentang oleh pihak-pihak yang mahu menjaga hati pihak atasan.

Suka saya ingatkan di sini, strategi memecahbelahkan pakatan ini akan berjaya andainya segelintir pihak yang beremosi atas apa yang berlaku terus leka dalam permainan politik si licik. Hasilnya nanti, perpecahan bukan dilakukan dari luar, sebaliknya dari dalam pakatan itu sendiri. Secara jujurnya, suara 11 orang yang menang takkan mampu mengalahkan 18 lagi yang terang-terang mempunyai asas Pro-Aspirasi. Walau di mulut menyatakan BEBAS, tapi di hati tetap Aspirasi. Mengapa mereka tidak dapat menerima Pro-M? Sebab Pro-M dikatakan Pro-Demonstrasi. Pro-Pembangkang. Pro-Buat Kacau. Pro-Huru-Hara. Inilah masalahnya apabila politik luar dibawa masuk. Mereka mengatakan mereka tidak terlibat dengan politik luar. Tetapi apa yang jelas mereka telah menyamakan Pro-M dengan Pembangkang. Walhal, tiada satupun campurtangan politik luar dalam Pro-M UPSI. Sedangkan duit rayuan pun dikumpulkan dalam kalangan ahli sendiri. Pro-M itu sendiri berjuang untuk mahasiswa. Jawatan itu sendiri adalah jawatan untuk mahasiswa. Mengapa perlu wujud istilah pembangkang?

Pencerahan minda sekali lagi. Pro-M bukan kaki demo. Pro-M hanya mahu menjadi pendesak. Mendesak secara profesional. Bukan emosional. Selama ini MPP menjadi ‘kawan baik’ pihak atasan dan hubungan ini tidak profesional. MPP ada peranan tersendiri dalam universiti. Membantu mahasiswa, menjadi perantara antara mahasiswa dan pihak pentadbiran serta menjadi ‘watchdog’ atas apa jua kelemahan pihak universiti. Bukan hanya mengikut, mengangguk dan menyokong. Ya, kita sayang universiti kita. Namun, jangan hanya sayang universiti andai sahabat-sahabat disisihkan. Ramai pihak di luar sana mempertikaikan kredibiliti mahasiswa lepasan UPSI. Inilah masanya MPP memikiran cara bagaimana mahu menjadikan mahasiswa UPSI lebih progresif dan kompetitif sebaik bergraduasi nanti.

Secara ringkasnya, Pro-Mahasiswa UPSI menang dalam pertandingan. Cuma kita harus akui, kita kalah dalam permainan politik. Ya, kita sudah lalui berbagai halangan. Cubaan ‘bunuh’ sebelum bertanding, fitnah, ugutan serta tekanan dari pihak SPR yang jelas kurang memihak pada kita. PRK membuatkan semua pihak dalam Pro-M penat. Namun, jadikan apa yang berlaku sebagai satu cabaran agar diperkemaskan lagi strategi pada masa akan datang. Kita sudah ada penyokong sendiri. Kita sudah dikenali. Akan datang, kita pastikan seluruh fakulti kita tandingi.

Ingat, pihak-pihak yang tidak suka akan kewujudan Pro-M sedang tersenyum lebar akan apa yang berlaku. Biarlah. Jangan pernah putus asa berkongsi dengan mereka apakah itu Pro-Mahasiswa sebenarnya. Mungkin ramai yang masih belum mengerti. Niat yang ikhlas. Doa yang tak pernah putus, Usaha yang tak pernah terhenti serta tawakkal kepada Allah. Insya Allah, perjuangan ini mendapat keredhaan-Nya. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Itu yang pasti!

Salam Mahasiswa...!!!

- by saudara Zulfadli Amzar - 

Monday, February 21, 2011

Sekitar PRK 11 UPSI - thanks to nikonian anbu -

gambar hamba ditembak oleh saudara nikonian anbu (amat mengagumi beliau didalam bidang photography)

menjadi benteng kepada Pro Mahasiswa semasa malam akhir rapat umum

fish dari nikonian anbu

laungan keramat HIDUP HIDUP MAHASISWA, HANCUR HANCUR KEZALIMAN



tugas bahagian media semasa rapat umum
hahahaha, 
hamba berada di hadapan, menegetuai barisan Pro Mahasiswa UPSI~

Alhamdulillah...

Alhamdulillah hamba memanjat syukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurnianya hamba dan rakan - rakan telah mendapat kemenangan yang diinginkan
syukur sekali lagi hamba ucapkan
sungguh manis kejayaan ini, hamba mengalirkan air mata rahmat setelah sekian lama berhempas pulas di medan perjuangan, 

pada pengunguman PRK tadi, hamba berada bersama - sama kawan2 seperjuangan untuk mendengar keputusan yang dibacakan oleh Dato NC, 
agak berdebar jugaklah hamba ketika menunggu keputusan itu, 
hamba dapat merasa manisnya perjuangan selama ini yang hamba telah perjuangkan, 
pihak Pro Mahasiswa upsi telah mendapat kemenangan yang besar kali ini,
hamba berasa amat bangga sekali pabila hamba merupakan salah seorang dari pihak Pro M Upsi ini....

tiada apa yang dapat hamba ucapkan selain kalimah syukur kepada-NYA.....
terima kasih kerana telah memberikan kejayaan ini kepada kami..


Sunday, February 20, 2011

Pilihan Raaya Kampus PRK UPSI 11 - satu revolusi-

Salam semua, bertemankan milo panas, biskut gula hamba menaip artikel ini.....
hamba baru pulang dari rapat umum malam terakhir
bermula dari KAB (koleh aminudin baki) kemudiannya habis di KHAR (Kolej harun aminur rashid)
amat penat sekali tubuh hamba rasanya
tapi perasaan hamba amat puas sekali
penuh dengan kepuasan

pada secara jujurnya, hamba sebelum ini tidak pernah terlibat dengan PRK ini
pada hamba semuanya ini tidak penting
hahahaha
tapi silap, bila hamba bertemu dengan seseorang yang telah berjaya membuka mata hamba
tentang pentingnya pilihan raya kampus ini
hamba mula sedar, mula mengetahui tentang hak mahasiwa ini, 
kita sebenarnya bebas untuk bersuara, kita sebagai mahasiswa, bukannya mahasiswa yang dicucuk hidung, hanya ditarik kesana sini, untuk menjayakan komplot jahat mereka, 
kita ada kuasa, "Student Power"
hamba telah banyak mendengar menifesto - menifesto yang telah dijanjikan oleh calon - calon untuk menarik minat pengundi terhadap diri mereka.
dan hamba mengharapkan apa yang dijanjikan oleh mereka akan ditunaikan setelah mereka mendapat tempat didalam barisan MPP nanti.
itulah serba sedikit tentang pengetahuan hamba mengenai PRK ini.

pada PRK kali ini, pada pendapat hamba merupakan PRK paling kotor yang penah hamba lihat, 
terlalu banyak provokasi, fitnah memfitnah didalam rancangan untuk mendapatkan kemenangan 
adakah perlu semua ini untuk mendapatkan kemenangan~
hamba sendiri naik pening,
hamba berterus terang, hamba merupakan Pro Mahasiswa, atau dikira sebagai pembangkang dikalangan mereka.
KAH KAH KAH (pinjam ayat abg hishamudin rais)
terlalu banyak benda buruk yang telah hamba lalui didalam PRK kali ini
termasuk serangan peribadi, provokasi untuk menjatuhkan seseorang, fitnah sudah semestinya
serangan yang dilakukan melalui laman sosial Facebook....
apa yang kelakarnya, si penyerang banyak menggunakan akau palsu, takut untuk menunjukkan muka sebenarnya, dikatakan sebagai pengecut...
takut untuk berhadapan secara terus dan mengeluarkan identiti yang sebenarnya.
hamba juga amat terkilan kerana, ada sesetengah pihak yang mempermainkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri, sedih cukup sedih sekali.,
mereka yang dipermainkan itu, sedih cukup sedih
mengapa yang menyuruh itu tidak bertanding.....
hamba pening untuk memikirkanya

tapi konklusi yang hamba dapat buat disini ini ialah pililihan raya paling kotor pernah hamba lalui~



Saturday, February 19, 2011

Malam Keramat

pada malam tadi, hamba telah mengikuti
rakan - rakan seperjuangan ke rapat umum
bagi PRK UPSI 11 bertempat di 
Kolej Harun Aminur Rashid

apa yang hamba ingin katakan
semangat hamba yang tiba2 membara pada malam tadi
mungkin dengan laungan Hidup Hidup Mahasiswa
hamba menjadi seolah - olah berada di medan perang
alagkah indahnya perjuangan
hamba mewakili Pro Mahasiswa iaitu "Legasi Mahasiswa Progresif"
memdukung tugas sebagai wakil calon kepada Nurbasik
sahabat hamba dari sekolah lagi

akan tetapi apa yang hamba cuba katakan disini ialah
perangai buruk oleh pihak lawan yang cuba membuat provokasi
dengan tiupan wisel, hon motor
membuat bisisng semasa calon kami membuat ucapan
akan tetapi, hamba memang respek dengan tahap kesabaran dari pihak calon hamba sendiri
tahap kesabaran yang amat tinggi, jelas terpampang profesional didalam diri mereka
memang hamba benar - benar membuka mata didalam situasi ini
membuka mata tentang kebangkitan mahasiswa.
Hak - hak mahasiswa.


Laungan keramat
HIDUP HIDUP, MAHASISWA
HANCUR HANCUR, KEZALIMAN

Takbir...~~





Friday, February 18, 2011

Pro mahasiswa (dimana aku berjuang)

Bangkitlah pejuang bangkitlah
rapatkan barisan rappatkan
meneruskan langkah perjuangan
suara dan harapan mahasiswa

Kobarkan dirimu kobarkan
Kentalkan jiwamu kentalkan
Takkan pernah usai pertarungan
hingga tertegak kebenaran

Henyahkan rasa takut dan gentar
Robohkan segala kebatilan
Perjuangan harapan bersama
Untukmu varsiti tercinta

Menunggu~

masih menunggu
untuk apa
yang aku tunggu
entah la

mungkin menunggu ini
akan memusnahkan
tali persahabatan ini
yang aku idamkan

maafkan aku
wahai kawan
diriku
amat sedih menanggung beban

sekian.....
titik nokhtah

Thursday, February 17, 2011

dari Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)

PRK UPSI terus hangat!! Pro-Mahasiswa diasak hebat oleh Pro-aspirasi. Episod-episod pengkhianatan dan ketidakadilan terus menerus menimpa Pro-M. Dari siri konspirasi jahat menjatuhkan Adam Adli, kerja jahat ala Machiavelli ini terus dimainkan oleh Pro-M apabila dengan menggunakan kuasa ekonomi yang dimiliki, menjatuhkan pula Calon UMUM LMP, Hafiz Hilmi dan menambah koleksi dugaan yang dihadapi Pro-M, terutama front marhaen LMP.

Sebelum ini, front Islamik MP juga menerima pengkhianatan apabila wakil calon yang diatur telah "diculik" oleh pihak lawan. Selain itu, terdapat juga beberapa wakil calon bagi Pro-M yang melaporkan kecurian kad matrik pada saat-aat akhir.

Namun, sudah ditakdirkan Ilahi, Hafiz Hilmi yang hilang kelayakan bertanding pada saat-saat getir, mendapat kejayaan yang cukup mengharukan apabila nama beliau diumumkan di saat-saat akhir sebagai satu-satunya calon dari 7 orang calon rayuan yang layak bertanding.

Sudah jatuh ditimpa tangga buat Aspirasi, ambience kemenangan cukup dirasai Pro-M hari ini apabila bukan sahaja pengkhianatan terhadap Hafiz Hilmi, Amirul Afzan, Nurbasik, dan Saufi berjaya dipatahkan setelah usaha bersusah payah membela diri, malah kem Aspirasi turut menerima tamparan hebat apabila Adam yang dianggap telah tumbang, membuat kejutan apabila tiba-tiba muncul di pentas KAB hari ini bagi membakar semangat serta mengisytiharkan perang ke atas Pro-Aspirasi.

Momentum diteruskan dengan ucapan memikat dari Zahar, ketua umum Pro-Mahasiswa yang berjaya menarik ramai penyokong untuk melaungkan kata-kata semangat perjuangan. Sebagai buah penyudah, perjuangan Pro-M dijayakan lagi dengan ucapan calon paling popular PRK 2011, Abdullah Sidek dari MP yang memukau ramai penyokong.

Ternyata, Aspirasi bakal berhadapan kebangkitan mahasiswa yang telah mula sedar dan PEDULI.

PRK kali ini ternyata berbeza dan hangat. PRK 2011 melakar sejarah apabila melalui Calon UMUM Muslimah MP, Nadia Syazwani, gabungan solidariti mahasiswa MP dan LMP dengan berani mengisytiharkan: KAMI ADALAH PRO-MAHASISWA!

Sekitar Penamaan Calon PRK UPSI 11.... (amat penat bagiku)

Salam all to my geng
hari ni hamba amat penat setelah seharian berada di kampus~
untuk melaksanakan tugas sebagai seorang mahasiswa~
iaitu, hamba telah menjadi penyokong kepada kawan baik hamba
untuk bertanding didalam merebut kerusi PRK UPSI 11
iaitu saudara Muhamad Nurbasik @ Cap Ketereh
nama manja yang amat sinonim dengan dirinya

bermulalah kisah yang penuh duka dan suka akhirnya
pertama sekali, kami telah berkumpul di Bangunan E-learning,
setelah itu, berarak ke Bitarasiswa
kemudiannya, bersama - sama untuk mengiringi Calon
masuk ke dalam dewan penamaan~

Hamba mewakili Legasi Mahasiswa Progresif atau lebih dikenali sebagai LMP
bergandingan dengan Mahasiswa Pendidik Atau MP
Cap Ketereh mewakili kami didalam merebut kerusi wakil fakulti
iaitu Fakulti yang paling lucu namanya
iaitu
Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif
(FSKIK)
cukup pelik dan akan tergelak bila mendengan namanya

mengapa hamba berkata banyak kisah duka dan suka,
hal ini kerana, pada mulanya, Cap Ketereh telah mendapat bantahan daripada pihak lawan, hal ini membuatkan kami begitu tertekan sekali
Namun, dengan berkat dan pertolongan dari-Nya,
maka,
calon kami telah berjaya memperoleh tempat untuk pertandingan
kesemua calon LMP layak untuk bertanding~

Cap ketereh bersama - sama saufi destiny akan memperjuangkan Hak mahasiswa,
dan akan membuktikan Student Power didalam Fakulti kami
sekian dahulu coretan dari hamba~

Begitu Indahnya Permainan Kotor Darimu~

Friday, February 11, 2011

All Time Low - Therapy

My ship went down
In a sea of sound
When I woke up alone
I had everything
A hand full of moments
I wished I could change
and a tounge like a nightmare
That cut like a blade
In a city of fools
I was careful and cool
but they tore me apart like a hurricane
A hand full of moments
I wished I could change
but I was carried away

Give me therapy
I'm a walking travesty
But I'm smiling on everything
Therapy you were never a friend to me
and you can keep all your misery

My lungs gave out
as I faced the crowd
I think that keeping this up can be dangerous
I'm flesh and bone
I'm a rolling stone
And the experts say I'm delirious

Give me therapy
I'm a walking travesty
But I'm smiling on everything
Therapy you were never a friend to me
and you can take back your misery

Arrogent boy
love yourself so no one has to
They're better off without you
(They're better off without you)
Arrogent boy
Cause a scene like your supposed to
They'll fall asleep without you
You're lucky if your memory remains

Give me therapy
I'm a walking travesty
But I'm smiling at everything
Therapy you were never a friend to me
You can take back your misery
Therapy
I'm a walking travesty
But I'm smiling at everything
Therapy you were never a friend to me
and you can choke on your misery


Tuesday, February 8, 2011

Kenapa Anak Muda Hari Ini Lemah


satu: kecelaruan hala tuju. Satu masa dahulu, setiap anak muda ada pandangan bebas mengenai dunia.. yang memilih jalan Islamik, akan benar2 komited dengan perjuangan mereka. merantau keseluruh negara, berpersatuan, berusrah, berdebat dan sebagainya. Ada juga anak muda yang progresif memilih untuk memperjuangkan apa yang dipanggil gerakan sosialisma, mereka ramai2 menjadi aktivis masysrakat, turun naik pentas debat, menghabiskan waktu membaca karya2 filasuf agung dunia untuk mencari bentuk kehidupan sosial yang ideal.. menentang kezaliman dan penindasan; ambil contoh Peristiwa Baling 1974. kemudian, ada anak muda yang gigih bersastera, hidup mereka diabdikan dengan sastera, hingga lahirnya ramai sasterawan agung seperti Pak Samad, Shahnon Ahmad, dan seangkatan. Mata pena menjadi senjata mereka..perjuangan mereka tidak dijual beli..hidup mereka sederhana dan kaya dengan ilmu..

namun hari ini, mana dia semangat anak muda seperti dahulu? ke mana hilangnya bakat2 pemimpin? terlalu disogok dengan budaya hedonisma? terlalu menjadi pak turut? kita hari ini tiada hala tuju.. suatu masa dahulu, anak muda bangga membawa identiti mereka: Pejuang Islam, Sosialis, Sasterawan, Artis (bukan mcm hari ini, berbeda definisi artis hari ini), Politician, Aktivis, dan sebagainya..hari ini kita?? Siapa diri kita sendiri, kita pun tak tahu.. apa pembawaan diri kita? Adakah hidup aman damai hari ini menjadikan kita lemah;mungkin ya, mungkin tidak..

mana dia haluan kiri, mana dia haluan kanan pun kita tak tahu.. Parti2 politik mengambil kesempatan dari kejahilan hala tuju anak muda..disogok dengan wang, anak muda ikut, disogok dengan retorik, anak muda menurut, disogok dengan perjuangan palsu..pun anak muda ikut.. itu dia anak muda hari ini...anak muda pak turut, anak muda yang diperbodohkan..

tetapkan hala tuju anda..study sedalam mungkin matlamat hidup anda..jangan pentingkan diri dengan meletak hala tuju seperti mahu kaya, mahu hidup senang.. fikirkan masyarakat sekeliling anda...dunia ini suatu masa dahulu adalah milik anak muda...sehinggalah hegemoni merasuk minda anak muda dengan dakyah lalai dan kemakmuran palsu, kita jadi tunduk.. hari ini, bermula hari ini, kita kembalikan dunia ini kepada anak muda...dunia ini milik kita..

Kenapa anak muda hari ini lemah? episod 2

faktor lain yang buatkan anak muda lemah adalah pengalaman semasa. dahulu, pengalaman anak muda pasca kemerdekaan banyak menyumbang kepada semangat idealisma anak muda.. jati diri dan semangat untuk melihat sebuah negara yang ideal, saksama, dan berkebajikan sangat menebal. Pengalaman duduk di bawah pemerintahan penjajah sangat berguna ketika itu.. mereka tahu, mana silap negara ketika itu sampai dijajah dengan begitu teruk sekali. mereka sedar, kalau mereka tak berbuat apa-apa, maka rosak hancurlah negara.. andai negara jatuh ke tangan boneka penjajah dan pemerintah yang hanya nak kaut untung, kuasa, dan nama, habislah masa depan negara.. namun ketika itu juga, negara berada dalam keadaan yg susah dan masih miskin (hari ni, negara tidak miskin, yang miskin adalah rakyat), maka perlu bagi mereka memilih jalan yang betul..samada menjadi trouble maker yang tidak membawa kebaikan kepada negara, atau pengimbang kepada kemakmuran negara..oleh kerana minda masih cerah, pengalaman masih panas..anak2 muda zaman itu memilih ntuk menjadi pengimbang kepada negara.. mereka tuntut ilmu dengan gigih supaya perjuangan mereka benar2 berhasil, berbaloi, dan tidak menjadi perjuangan yang sia-sia dan merugikan negara sahaja.

sebab itulah, kebanyakkan mahasiswa ketika itu menjadi kuasa ketiga( third force) dalam negara.. setiap gerak geri kerajaan dan pembangkang diperhatikan dan diteliti.. yang mana salah dan zalim, ditentang dan dicantas.. gerakan mahasiswa menjadi harapan kepada masyarakat..mahasiswa satu gelaran yang bukan sahaja besar pada nama, malah fungsi. mahasiswa pembela kepada rakyat.

hari ini: pengalaman ape yg kita boleh bawa untuk diperjuangkan?? kita sebenarnya tidak pernah ketandusan isu.. isu dalaman dan luaran.. pengalaman kita sama banyak.. kita nampak disekeliling kita, rakyat miskin dan tertindas.. negara kita kaya dari segi pendapatan, tapi rakyat masih tak mampu hidup senang.. pelajaran masih jadi isu utama.. kita, student UPSI misalnya..sistem pendidikan kita lemah..tapi tak sama berani bersuara..takut dikena tindakan...

isu luar pun banyak..lebih banyak dan besar dari dulu..kita ada isu perang palestin israel, afghanistan, iraq,iran, junta di myanmar, kemiskinan di kemboja, nuklear di korea utara..dan terbaru, gerakan ikhwan di mesir dan tunisia.. tapi ada kita peduli?? kenapa kita begitu termakan dgn dakyah media yg mengatakan: gerakan2 anti kerajaan di luar negara adalah baik..tapi dalam negara adalah jahat..minta maaf..bukan hasut anda tentang krajaan..cuma nak bagi contoh supaya buka minda...kenapa di luar negara perkara sebgitu baik..tapi bile terjadi dalam negara, jadi tak baik..??

pengalaman kita hari ini cukup banyak, cuma kita teragak-agak dan masih leka.... takut dgn AUKU, takut dgn ISA...salah siapa??? bukan salah kerajaan..tapi salah kita sendiri...fikir-fikirkan...

SABAR~~

sabarlah, sabarlah sabariah~~
ahhahaha
buang tabiat ke hape nih,
bukan aper.
hamba terasa amat boring lah
kerana..
hidup dirumah ini ibarat disisihkan
huhu
tak bertegur sapa..
diam seribu bahasa
hanya kesalahan kecil dihukum hingga sedemikian rupa..
tapi tak apa
hidup ini kene enjoy..
tak kira lah, kita ni org nak kawan ke x..
lau sorg xnak kawn..
ramai lagi org yg nak kawan dgn kiter....

masih sabar menanti dewa 3000 ku siap dibaiki
smp bila la agaknya aku nak tunggu nih
udah xsabar nak amik2 gmbr
(menembak)

hahahaa
sekian